Wednesday, May 16, 2012

Kita kena guna fakta.

Salam

Terimgat saya satu kisah. Satu masa bila seseorang berkata "Ini unit trusts, memang tak boleh masuk".

Saya tanya "kenapa tak boleh masuk?". Saya nak tahu masa itu kenapa dia kata begitu.

"Market makin hari makin jatuh" dia jawab. Saya beritahu dia".Sekarang ni market naik. Makin lama makin naik"

"Tapi tak boleh masuklah. You rasa orang kerja kilang ni semua OK ke?" dia kata

"I rasa OK. You tak rasa OK ke?" saya tanya.

"Kilang ni nak buang ramai orang. Kita nampak je OK" dia jawab.

"Ada bebrapa sebab kilng nak buang pekerja. 1) sebab kurang jualan 2) sebab nak kurangkan gaji walau pun jualan meningkat." saya sambung..Kebetulan kilang tu memasang kenderaan yang bertambah jualannya, saya beritahu yang ini bukan mengenai kurang sales, tetapi, untuk mengurangkan kos.

Dia berkata "Ini, kalau orang ada duit boleh masuk, tapi kalau tak ada duit, banyak hutang tak boleh."

Saya kata " Yes. Ini pelaburan untuk orang yang ada duit sahaja. Kita tak galakkan orang berhutang untuk melabur. Ada duit boleh" .Kemudian dia keluar.

Apa yang saya hendak beritahu ialah

"Kita kena yakin, yakin dengan fakta yang kita ada. Apa yang ditakutkan. Kita memberika fakta yang betul. "

Sebab itu akhir sekali saya berkata " Yes. Ini pelaburan untuk orang yang ada duit sahaja. Kita tak galakkan orang berhutang untuk melabur. Ada duit boleh". Bukankah itu perkara yang betul.




No comments:

Post a Comment

Video

Loading...