Wednesday, June 27, 2012

e-filling . Cukai pendapatan

Salam

Filing untuk Cukai Pendapatan (Income Tax )

Ramai  juga konsultant yang tidak tahu yang dia kena tukar dari borang BE cukai pendapatan ke borang B setelah ia masuk jadi konsultant pada tahun lepas atau tahun sebelumnya. Ini bagi membolehkan segala pendapatan dari public mutual ditafsirkan.

Pertukaran borang itu dengan mudah boleh dibuat di e-filing website. No income tax akan bertukar dari nombor dengan SG dihadapan ke nombor yang bermula OG di hadapan.

Pertukaran ini lebih baik kerana ia membolehkan segala perbelanjaan ditolak termasuklah pembelian kereta baru (20% allowance tahunan, 20% untuk pembelian baru), perbelanjaan kursus, Petrol, Pembelian dairi dan lain-lain. Untuk kegunaan yang bercampur dengan kegunaan peribadi, ianya boleh dibuat taksiran berapa peratus kegunaannya untuk kegunaan business. Misal kereta dianggarkan 20% adalah untuk business, maka 20% dari petrol, road tax, insurans boleh dimasukkan sebagai perbelanjaaan business..Biasanya setakat 1/3 untuk business itu tidak menjadi masaalah bagi pegawai di pejabat cukai pendapatan, pada pendapat saya.

Saya harap income tax ini, yang tarikh tutupnya 30 haribulan June dapat mengurangkan cukai pendapatan anda.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Video

Loading...