Wednesday, June 13, 2012

Response saya mengenai artikle pasal saham - Tun Dr Mathir.


Salam pelabur yang dihormati,

Baru-baru ini saya terbaca satu artikel di http://www.wangcyber.com berkaitan pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan ketidakrealistik melabur dalam pasaran saham.

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata adalah tidak realistik untuk melabur dalam pasaran saham dengan berharap harganya akan meningkat. Malah, tindakan itu tidak menyumbang kepada ekonomi negara, kata beliau.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut ucapan beliau mengenai pelaburan saham yang tidak realistik pada majlis pelancaran Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2011 di sini hari ini.
Beliau menyifatkan pelaburan dalam pasaran saham semasa sebagai tidak realistik dan umpama memperjudikan nasib. Katanya, pelaburan dalam saham-saham yang tidak menentu untung atau rugi tidak menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara.  Malah, katanya, pelaburan jenis itu hanya untuk mereka yang ingin wang melalui jualan singkat (short-selling).
“Saya fikir jika anda melabur dalam pasaran saham kerana saham sesebuah syarikat membuat untung dan anda menjangkakan mendapat keuntungan daripada dividen, itu adalah realistik. Tetapi apabila anda melabur dalam pasaran saham dengan berharap harga saham meningkat naik, ia tidak akan menyumbang terhadap ekonomi,” jelas beliau.
Beliau juga berkata, Eropah kini turut menyatakan mereka menentang penjualan singkat kerana ia bukan satu perniagaan yang menyumbang kepada ekonomi. Ketika ditanya tentang pakatan rakyat yang mengumumkan belanjawannya sendiri hari ini, Mahathir menjawab, ia menyenangkan lagi kerja kerajaan. “Senang… bila mereka mahu belanja duit yang kita tidak ada. kita tidak boleh kawal, kita pun senang belanja,” tambah beliau.
 Sumber :Utusan Melayu

Secara peribadi, saya bersetuju dengan pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamed ini. Memang ada kebenaran dan biar saya terangkan.
Saham memang penting untuk dilabur. Tetapi saham yang penting itu ialah apabila dibeli pada pasaran utama iaitu pada ‘Initial Public Offering’ atau IPO. Pasaran IPO memang penting dan bermanfaat  dan memang menguntungkan  ekonomi negara. Walaubagaimanapun, pelaburan saham di pasaran kedua atau di Bursa Malaysia mungkin sesuatu yang kurang bernilai dari segi ekonomi negara. Mengapa? Sebab keuntungan bagi suatu pihak  mungkin merupakan kerugian pada suatu yang lain.

Bagi pasaran utama, setiap syarikat yang memerlukan pelaburan tambahan, boleh menjual saham syarikat mereka di sini. Tak kisahlah samaada harga saham mereka akan naik atau tidak di masa hadapan,  saham  telahpun berjaya dijual pada nilai ‘IPO’. Syarikat kini berjaya memperolehi dana tambahan dan mampu mengembangkan perniagaan mereka.

Tapi apakah pula pentingnya pasaran saham kedua seperti di  Bursa Malaysia?
  
Katakanlah tiada pasaran kedua seperti di Bursa Malaysia. Ini mungkin menyebabkan tiada saham yang akan ditawarkan pada harga kos yang rendah, iaitu  semasa pelancaran IPO. Ini juga bermakna sesiapa yang membeli saham semasa ‘IPO’ tidak dapat menjualkannya semula kepada pasaran kedua. Agak-agak... masih adakah orang yang mahu sanggup nak beli saham pada ‘IPO’ jika tidak boleh di jual semual di pasaran kedua?  Logik juga kalau ‘IPO’ itu sendiri pun tidak wujud.

Secara kasar, mungkin pasaran saham di Bursa Malaysia tidak memberi satu pertambahan apa-apa dari segi ekonomi negara. Tetapi, dengan wujudnya pasaran kedua ini,  ia memberi  sebab untuk wujudnya ekonomi yang lebih baik.. Pasaran kedua membuka lebih banyak peluang serta manfaat untuk pasaran utama iaitu ‘IPO’ berkembang.  Selain itu, ia membolehkan saham syarikat dijual pada bila-bila masa  ataupun boleh dicagarkan untuk mendapatkan tambahan wang tunai.

Seperti yang dibincangkan terdahulu, dijangkakan setiap 22 hingga 27 tahun hijrah  ekonomi kita akan mengalami ekonomi kegawatan yang amat sangat. Tempoh kitaran ini dinamakan sebagai ‘2 kitaran hayat ekonomi. Sesuatu ekonomi  mengalami 2 tempoh kitaran yang menjadikannya sesuatu ekonomi yang lengkap, sebelum ini berkitar semula seperti sebelumnya.Sila ikuti penjelasan lebih lanjut di http://blog.pakarsaham.com (anda sedang mengikutinya sakarang)

PELABURAN SAHAM VS. PELABURAN SAHAM

Pelaburan emas juga amat penting. Namun, pelaburan saham   tidak perlu dibuat sekiranya keuntungannya lebih kecil  berbanding pelaburan  saham.

Ketika ekonomi berada di dalam keadaan kegawatan yang melampau harga emas biasanya akan naik dengan banyaknya. Contohnya seperti pada tahun 1997, bagi negara-negara Asia ataupun pada tahun 2007 di Amerika Syarikat. Perhatikan graf harga emas di Amerika Syarikat seperti di bawah.








 
Perhatikan pergerakan harga emas bermula tahun 2007. Ia menunjukkan cerun  graf yang menaik dan menarik pada tahun 2007 – 2011. (selepas tahun 2011 saham emas ini nampak seperti turun). Ini bersesuaian dengan kegawatan ekonomi di Amerika Syarikat yang dijangka berlarutan sehingga tahun 2014.  Bolehlah diperhatikan bahawa harga emas telah naik dengan banyaknya secara perlahan-lahan bermula 2007 sehingga sekarang, walaupun terdapat turun naik harga dari masa ke semasa.

Pelaburan emas ini juga merupakan contoh pasaran seperti kedua.  Sekiranya pasaran kedua ini tidak wujud, maka harga emas tetapi tidaklah akan  sehebat ini walaupun pelaburan emas masih wujud .
 Cube perhatikan  harga emas di Malaysia. Kenaikan harga emas tidaklah sehebat di Amerika Syarikat kerana tiadanya pasaran terbuka untuk emas di sini. Jika kita hendak menjual emas, kita terpaksa pula mengeluarkan kos tambahan untuk membayar kos upah yang menjejah 20-30 peratus . Jadi, ini bermakna seseorang itu akan rugi 20 peratus atau 1/5 dari pelaburan mereka. Pertukaran emas adalah terlalu sukar kerana tiada , setakat setahu saya, pasaran kedua untuk jual beli emas ini. yang lebih rendah iaitu di bawah 2% upah  atau kommisyen di Malaysia

Kalaupun ada,  perjanjian mungkin dibuat dengan agen dan bukannya dengan syarikat/ pihak ketiga yang berinsurans beli membeli semula emas pada harga yang ditetapkan. Semua ini memberikan  risiko yang tinggi bagi pelaburan anda.

Di sini saya ingin mencadangkan kepada semua pelabur-pelabur supaya bijak menguruskan pelaburan anda. Sekiranya jangkaan ekonomi seperti yang dinyatakan dalam ‘2 kitaran hayat ekonomi ‘itu tepat, maka bermula tahun ini sehinggalah tahun 2018/2019, merupakan masa yang sangat sesuai untuk melabur ke dalam pasaran saham di Malaysia. Apabila tiba tempoh gawat, mungkin lebih sesuai ditukar ke pelaburan emas pula nanti.

Untuk yang baru berminat untuk menjadi konsultan unit trust yang banyak untuk dan mendapat tahu lebih rahsia-rahsia ekonomi samada di dalam Al-Quran atau tidak, boleh berhubung dengan saya di dfariz@yahoo.com 

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Video

Loading...