Tuesday, June 5, 2012

Tarikh dajjal dijangka keluar. Juga berkenaan ekonomi kita


Unit trust consultant dan bakal-bakal unit trust consultant sekalian. Saya menceritakan mengenai tarikh ini kerana ia berkaitan dengan ekonomi kita. Ketatuhan dan kenaikan ekonomi kta.

Tarikh dijangka dajjal akan keluar

Dajjal dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw, dan hadis memberitahu Dajjal hidup selama 40 hari:

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah: “Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”. Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)

Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 dimensi, iaitu:

1 hari = Setahun
1 hari = Sebulan
1 hari = Seminggu
37 hari = Seperti hari kita

1 hari = Setahun (British / Pound)
Inilah satu hari yang dikatakan umpama setahun. Setahun bagi hari-hari yang susah itu adalah umpama 1000 tahun seperti di dalam Al-Quran Allah berfirman



Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. (Al-Hajj 22:47)

Jadi 1 hari di sini bersamaan 1000 tahun. Tahun yang sentiasa digunakan di sini adalah tahun hijrah. Kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah. Oeh yang demikian:

353 Hijrah + 1000 tahun = 1353H.

Inilah masa Dajjal menguasai pound dan Kejatuhan Empier Eropah

1 hari = Sebulan ( Amerika Syarikat / Dollar)
1 hari bersamaan 1000 tahun dibahagi dengan 12 bulan. Ia akan besamaan 83.33 tahun hijrah. Jika ditambah dengan 1353H , hari kejatuhan empier Eropah ia kan jadi

1353H + 83.33 = 1436.33H

Pada hari saya menulis article ini, tahunnya adalah 1433 Hijrah. Hampir tiba 1436.33 hijrah dan hampir jatuh zaman perdagangan menggunakan wang Dollar  dan hampir jatuhnya empier Amerika Syarikat.

Kejatuhan empier Amerika Syarikat memang dapat dilihat dari tarikh hari ini. Mengikut ekonomi Negeri China akan mengalahkan ekonomi Amerika Syarikat pada 2016. Adalah kita bersedia untuk kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat ini? Saya , sebagai remisier dan unit trust consultant, berharap lebih ramai oraang yang berminat dalam industri unit trust ini.

1 hari = Seminggu  (Israel / Matawang Electronic )
1 hari lagi bersamaan seminggu. Inilah sesuatu yang akan datang tetapi kita mengetahui yang Allah mengetahui zaman yang akan datang dan memberitahu kita untuk kita membuat persediaan. Dikira 1 tahun mempunyai 51 minggu mengikut tahun hijrah. Jadi 1000 tahun, bersamaan 1 tahun dan 1 minggu akan bersamaan 19.6 tahun. Satu minggu di sini menggambarkan 19.6 tahun satu sistem matawang yang baru yang mungkin adalah Matawang Electronic.

Matawang electronic ini memang sudah lama digunakan di dalam dunia internet. Kita lihat terlalu banyak laman web yang mengiklankan forex iaitu satu laman foreign exchange dengan kadar investment yang rendah tetapi dengan interest rate yang tinggi. Ia membenarkan orang yang melabur supaya melabur sejumlah yang sedikit tetapi pinjaman yang besar, dan membolehkan seseorang pelabur meminjam sehingga 1000 kali ganda jumlah yang disimpan sebagai deposit. Maasya Allah.

Kita lihat sahaja laman web Yahoo, Google, Wikipedia, E-bay,  Myspace, Facebook. Semua milik orang Yahudi. Dimanakan kita di kalau dibandingkan dengan Yahudi pada waktu itu.

37 hari = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal dan memerintah dunia secara nyata.

Israel akan menguasai dunia dan menggunakan Matawang Electronic. Mungkin masa ini telah digunakan sejata nuclear untuk perang dunia ketiga. Sebab itu senjata nuclear ini amat diperhatikan terutama apabila negara Islam yang membuat senjata nuclear. Berbagai sekatan akan dikenakan keatas negara tersebut.

Sungai Tabarah atau Sea of Galilea hampir kering

Sungai tabarah sudah semakin kering dan telah surut beratus meter sesuai dengan hadis seperti di bawah.

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.

Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

 Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:

“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Sea of Galilee atau Tasek Tabarah telah surut dengan banyaknya. Dan dijangkakan antara 20 tahun lagi ianya akan kering. Cuba lihat youtube di bawah.


Juga ingat seperti  yang diumpamakan sungai di dalam Al-Quran, kekeringan Tasek Tabarah juga bermakna kurangnya aliran baja atau dalam zaman sekarang ini, bermakna kurangnya duit sebagai pelancar ekonomi di sana.

Sekian. Penulis boleh dihubungi di dfariz@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Video

Loading...