Wednesday, August 1, 2012

Contohnya saya buat switchng

Salam

Pada awal tahun 2008, ekonomi mula jatuh dengan antaranya sub-prime crisis. Waktu begini kita harus ambil tindakan yang drastik sebab siapa yang tertinggal akan rugi.Walaupun ini bukan yang dikatakan kitaran pertama seperti yang diceritakan di dalam 'dua kitaran hayat ekonomi' tetapi kita kena buat pertukaran juga .

Kita sepatutnya menyimpan untuk hari-hari yang kurang baik bagi kita seperti dalam pasaran merudum pada kitaran pertama. Ini memang apa yang diminta kita buat. Seperti tafsran Nabi Yusuf yang mengatakan "simpanlan kecuali sedikit yang kamu jadikan makanan". Kalau kita membuat simpanan dan simpanan itu kita yang biarkannya jatuh, dan tambah lagi apabila jatuh lagi, maka tiada guna buat simpanan. Kita kena berjaga-jaga pada penghujung kitaran menaik kitaran pertama supaya kita tidak rugi yang melampau apabila masuk zamat gawat. Di sini swithing itu berguna.



Lihat carta di bawah


Ada 3 orang yang mula masuk melabur pada 18/2/2008. Sekiranya saya tidak galakkan mereka guna 'switching' dalam waktu itu, jangan harap saya nak jumpa dia lagi. Sebab pada awak 2008 ialah masa market merudum. Siapa yang melabur akan rugi.

Mereka itu saya galakkan tunggu sehingga index FBMKLCI jatuh di bawah angka 1000. Waktu ini ada yang kata index boleh jatuh sampai angka 500. Kalau saya percaya berita CNN, mungkin saya tak berani masuk market. Walaupun index jatuh lagi di bawah angka 1000, mudah bagi saya untuk terangkan.

Tapi jika saya galakkan masuk pelaburan equity, dah jatuh tambah lagi dengan keadaan berita yang tidak baik, saya rasa kerjaya saya akan lingkup dengan pelanggan saya yang banyak rugi.





No comments:

Post a Comment

Video

Loading...