Tuesday, October 9, 2012

Kisah Nabi Sulaiman memberi makan semua makhluk maka Allah mengatakan kamu tidak mampu

Salam

Kisah Nabi Sulaiman memberi makan semua makhluk dan Allah mengatakan kamu tidak mampu. Tulisan ini diambil dari laman web http://provillager.blogspot.com/2010/07/kisah-nabi-sulaiman-dan-seekor-ikan.html dan saya buat sedikit penambahan.

Syeikh Muhammad bin Ahmad bin 'Iyas pengarang kitab Bada'i al Zuhur fi Waqa'i al Duhur memetik kisah yang dinukilkan Syeikh Abd Rahman bin Salam al Muqri dalam kitab al Aqa'iq, bhw setelah nabi Sulaiman AS melihat Allah melapangkan dunia utknya dan menjadikannya berada dalam genggamannya, dia berkata

"ya Tuhanku, izinkanlah aku untuk memberi makanan kepada semua makhluk selama setahun penuh".
Allah mewahyukan kpdnya, "Sesungguhnya engkau tidak akan mampu melakukannya."
Nabi Sulaiman AS berkata lagi, "Bagaimana pula kalau seminggu?"
Allah berfirman, "Kamu tidak akan mampu."
Nabi Sulaiman AS berkata lagi, "Sehari?"
Allah berfirman, "Kamu tidak akan mampu."

Namun setelah dimohon lagi oleh Nabi Sulaiman AS, akhirnya Allah mengizinkannya utk memberi makanan kepada semua makhluk untuk sehari.

Maka Nabi memerintahkan jin dan manusia membawa semua bahan makanan yang ada di muka bumi termasuk lembu, kambing, burung dan lain-lain. Kesemua binatang ini dikumpul dan disembelih. Kemudian diperintahkan pula utk menyediakan tempat memasak yang cukup besar. Nabi Sulaiman AS memerintahkan angin agar memberi aura hembusan kepada makanan yg dimasak supaya tidak hangit/rosak. Setelah semuanya beres, kesemua makanan ini diletakkan di darat yang panjangnya dua bulan perjalanan dan lebarnya juga dua bulan perjalanan.

 PERNULIS: DI SINI SAYA INGIN MENEKANKAN BAHAWA PANGJANG MAKANAN ITU DUA BULAN PERJALANAN DAN LEBARNYA DUA BULAN PERJALANAN. Saya teringat waktu zaman dahulu orang pergi menunaikan haji menaikki kapal, dan terfikirlah berapa besarnya dua bulan perjalanan itu. Dengan teknologi yang begitu canggih di zaman itu berbanding sekarang saya percaya DUA BULAN PERJALANAN itu bukanlah perjalanan kapal laut tetapi kenderaan yang lebih canggih.

Berbalik ke cerita tadi.

Allah berfirman, "Hai Sulaiman, makhluk mana yang pertama sekali kamu nak jamu?"
Jawab Nabi Sulaiman AS, "Aku nak mulai dengan makhluk di laut."

Maka Allah memerintahkan seekor ikan muncul utk dijamu makanan itu. Ikan itu mengangkat kepalanya dan berkata, "hai Sulaiman, aku dengar engkau akan membuat jamuan makanan dan jamuanku hari ini telah diserahkan kepada engkau."

Nabi Sulaiman AS pun berkata, "Bawakan makanan itu dan berikan kepada ikan ini."

Ikan tersebut menyantap hidangan yang diberikan. Setiap kali disodor makanan, pasti ditelannya hingga habis. Kemudian ikan itu berkata, "Hai Sulaiman, berikan aku makanan lagi, aku masih belum kenyang."
Jawab Nabi Sulaiman AS, "Engkau dah makan semuanya dan engkau masih belum kenyang??"

Ikan itu menjawab pula, "Apakah seperti ini jawapan orang yang menjamu tetamunya?

PENULIS : Pernah terbaca pasal adab menyambut tetamu oleh Nabi Ibrahim yang saya tuliskan pada petikan yang sebelum ini?. Anda patut membacanya. Adap menyambut tetamu mengatakan kita patut memberi hidangan kepada tetamu kita mengikut keupayaan. Ini menunjukkan bahawa ucapan seperti "Engkau dah makan semuanya dan engkau masih belum kenyang??"” adalah sesuatu yang tidak patut.

Berbalik kepada cerita.

Ketahuilah, setiap hari aku mendapat 3 kali ganda makanan daripada apa yang telah engkau sediakan hari ini. Dan engkau adalah penyebab aku tidak mendapat makananku dengan secukupnya hari ini."

Pada saat itu, Nabi Sulaiman AS bersujud kepada Allah dan berkata, "Maha Suci Zat yang menjamin rezeki semua makhluk dari arah yang tidak mereka ketahui."

Sumber: Koleksi Kisah Ceria Pengasuh Akhlak Mulia, Ghafarullahuddin Din, 2007.

Penulis : Allah memberi rezeki dengan cukup. Sebab itu bagi sesiapa yang tidak makan gaji (atau makan gaji untuk sementara waktu sahaja), mereka itu percaya kepada Allah sahaja dan Allah akan memberi rezeki yang mencukupi. Bagi yang makan gaji, berapa besarpun gaji mereka mungkin satu per tiga dari yang cukup. Makan gaji adalah menyempit rezeki kita sendiri dan bukan separuh tapi satu per tiga daripada yang mencukupi.

Bagi yang berminat untuk join sebagai unit trust consultant, mendapatkan pendapatan yang menarik darinya hubungi saya di dfariz@yahoo.com. Bagi yang berminat tetapi berfikir untuk dapat RM2000 - RM3000 untuk jangka panjang, baik tak payah join. Kami menjangkakan lebih banyak. Mungkin anda berada di JB dan ingin mengikuti Business Opportunity Preview pada 12 Oktober 2012.

Anda mungkin memerlukan
1) salinan kad pengenalan
2) gambar passport 6 keping
3) Sijil SPM atau ke atas
4) Sign letter of oath (saya beri)
5) sign agency contract
6) Duit untuk Exam rm250


1 comment:

  1. Hanya Allahlah yang dapat menjamin rizki mahluknya di dunia ini dan tidak luput satu mahlukpun dari pada mahluk Allah itu yang berada di alam semesta ini, Allah Maha Mengetahui, Mendengar, Melihat dan 99 nama Allah yang Mulia oleh karena itu mintalah sesuatu pada Allah dengan menyebut sesuai dengan nama nama Allah tersebut.

    ReplyDelete

Video

Loading...