Monday, March 18, 2013

Anda perlu tahu sedikit mengenai pasaran saham dan di bawah ini adalah antaranya. Siri I


Sebahagian unit trust consultant tidak paham mengenai produk dan meminta saya bawakan tajuk yang berkenaan dengan unit trust. Saya tidak dapat hendak bercerita pasal produk tanpa memberitahu mengenai pasaran saham itu sendiri. Jadi saya bawakan beberapa siri yang adalah pendapat semata-mata yang anda boleh bahas.

Pasaran saham saya boleh dibahagi kepada 3 tiga kumpulan. Mungkin orang lain membahagi kepada 4 atau 10 kumpulan terpulang kepada anda. Tiga kumpulan itu ialah.

1) Blue chip atau saham mewah
2) Saham sederhana yang munkin akan pergi ke blue chip.
3) Saham capital rendah

Saham ‘blue chip’ adalah saham yang harganya tinggi iaitu biasanya lima atau enam ringgit ke atas. Ia biasanya terdapat dalam indeks utama. Saham ‘blue chip’ biasanya orang akan beli pada masa indeks pasaran saham naik. Ia lebih digemari terutama dalam keadaan tidak menentu. Saham ini juga akan memberi kesan pada ekonomi negara.


Saham ini adalah seperti yang dipegang oleh Public Islamic Select Enterprise Fund atau Public Islamic Dividen Fund. Public Islamic Dividen Fund akan mengumpan saham-saham yang banyak memberi dividen manakala Public Islamic Select Enterprise Fund akan mengumpulkan saham dari 50 dari kaunter saham yang tertinggi dalam kaunter syariah.

Saham mewah yang lebih menekankan kepada dividen akan menjadi pilihan utama pada waktu pasaran yang kurang menentu. Ini kerana ia memberi pulangan yang banyak kepada pelabur. Walaubagaimana pun, apabila pasaran menjadi lebih stabil, pembeli-pembeli saham akan memindahkan selera ke saham yang kurang memberi dividen atas sebab mereka mahu keuntungan dari harga saham yang lebih tinggi.

Saham mewah atau dana unit trust yang berkenaan saham mewah ini biasanya (tidak semestinya) akan naik dahulu kemudian diikuti oleh saham sedehana dan diahiri dengan saham capital rendah. Jadi sekarang, bagi pendapat saya, ini masa untuk saham mewah.

Remisier seperti saya, yang tidak ramai meminati saham mewah, akan merasa tertipu dengan pasaran kerana indeks FBMKLCI naik tapi kaunter saham tidak naik. Ini yang berlaku sekarang waktu saya menulis artikel ini. Kenaikan indeks akan tertumpu pada harga saham harga mewah sahaja. Apabila kita lihat dana unit trust yang berkenaan saham mewah, ia naik seperti juga indeks FBMKLCI.

Siri akan datang – Saham yang saya klasificasi sebagai saham sederhana pula.

No comments:

Post a Comment

Video

Loading...