Tuesday, March 26, 2013

Anda tidak perlu mahir dalam saham untuk berjaya dalam unit trust




Anda tidak perlu mahir dalam saham untuk berjaya dalam industri unit trust.

Sekiranya anda lihat mereka yang jadi konsultan unit trust ini, teramat kecil yang pakar dalam saham dan selebihnya tidak tahu mengenai saham. Mereka mengambil kesempatan untuk menggunakan pengurus pelaburan sebagai cara untuk memmpromosikan dana-dana yang mereka promosikan. Jadi yang pertama yang hendak diberitahu ialah “hendak join unit trust anda tidak perlu jadi pakar”.

Di syarikat, ada menyediakan kursus-kursus yang amat banyak, dibuat dari dua –tiga jam hingga berhari-hari. Kebanyakkanya mengambil masa 1 hari penuh. Kebanyakkannya dengan yuran RM10.00. RM 10.00 ini untuk nota-nota dan penceramah yang mungkin datang dari luar kawasan. Kursus-sursus ini berkualiti dan akan menjadikan anda lebih berkeyakinan dalam industri ini.

Selain dari itu ada juga disediakan kursus professional yang lain dengan harga subsidi. Bayangkan anda masuk kursus-kursus professional dengan harga, katakan, separuh harga asal sebab anda telah join kami.

Anda tidak akan dapat kursus-kursus dengan harga RM10 dan ini memang untuk membantu anda dalam industri ini.

Kebanyakkan pelabur tidak akan marah sekiranya pelaburannya turun untuk jangkamasa pendek kerana ini biasa dalam pelaburan. Bagi saya mereka lebih takut kepada harga yang menjunam ke bawah untuk tempoh yang panjang. Jika keadaan itu berlaku, anda boleh, antaranya cari pelabur yang lain yang tidak marah untuk terus melabur, Atau anda boleh lebih berhati-hati dengan menceritakan mengenai kegawatan dan cara-cara untuk pelanggan anda tidak teruk terjejas dan anda juga tidak terlalu terjejas.

Saya, mencadangkan cara yang kedua. Ini bersesuaian dengan ayat Al-Quran dalam surah Yusuf yang bermaksud

Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (Yusuf 12:47)

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (Yusuf 12:48).

“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". (Yusuf 12:49)

Dari ayat-ayat ini ada menggambarkan bahawa adanya dua sub kitaran dari kitaran hayat ekonomi yang perlu kita menyimpan untuk mengharungi 7 tahun yang gawat. Ini adalah gambaran yang saya bayangkan dan bolehlah dirujuk kepada yang lebih arif.

Untuk yang hendak menjadi konsultan unit trust atau perunding unit amanah anda boleh menghubungi saya di cekapsaham@yahoo.com

Anda perlu menduduki peperiksaan yang senang dan perlu ada

 1) Kad pengenalan
 2) gambar passport 6 keping
 3) Sijil Spm atau ke atas yang original
 4) Duit Rm250.00
 5) Sign agency contract (saya beri)
 6) Sign letter of aoth (saya beri)
 7) buka akaun public bank dan apply e-banking (saya tunjukkan)

Moga-moga kita di anugerah Allah dengan apa yang Dia kehendaki.

1 comment:

  1. semoga sukses jom..
    saya sudah follow.. follow me back jom..

    ReplyDelete

Video

Loading...