Saturday, March 2, 2013

Perkara yang perlu ditekankan dalam mencari keuntungan yang besar dalam unit trust.




Pengurus dana tidak semestinya beli pada harga rendah

Pertama kita perlu mencari pengurus yang berpengalaman. Pengurus pelaburan tidak semestinya membeli saham-saham di pasaran terbuka pada harga yang rendah dan menjual pada harga tinggi. Misalnya waktu saham naik , ramai orang akan membeli unit trust. Ini menambahkan dana yang ada. Dengan dana yang bertambah ini pengurus dana terpaksa membeli saham walaupun harganya terlalu tinggi. Bagi saya kita lebih menggunakan kepakaran pengurus dana ini untuk memilih saham-saham yang baik untuk dibeli. Pilihlah pengurus –pengurus yang telah lama berkhidmat dengan syarikat.

Nisbah atau ratio

Penggunaan ratio juga penting. Kita boleh guna pelbagai ratio dalam unit trust tetapi bagi saya semua ratio itu tidak menggambarkan kecekapan sesebuah dana. Mengakui kepentingannya, saya lebih tekankan ratio yang berkenaan perkerja seperti ratio pertukaran pekerja. Pekerja merupakan asset syarikat yang perlu dijaga, sekiaranya tidak ia akan bertukar pekerjaan. Dalam pemilihan pekerja pula, kita perlu pilih yang mempunyai sifat-sifat rasullullah. Jadi kita mengkaji imbang duga tetapi mengkaji kecekapan pemilihan dan pengekalan pekerja.

Semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w. memang sudah dibuat sistem mudharabah. Apa yang penting di sini adalah cara-cara, kesopanan dan segala syarat yang perlu untuk membawa perniagaan untuk maju. Jadi sifat mudharib itu ditekankan di sini. Dalam keadaan sekarang ini, pekerja itu aset yang penting terutama dibahagian pengurusan.

Orang lain untung, kita tidak semestinya untung walaupun di syarikat unit trust yang sama.

Tidak semestinya orang lain untung kita pun mesti untung. Tidak semestinya orang lain rugi yang banyak, kita mesti kerugian yang banyak juga. Saya pernah menunjukkan pelanggan saya untung sewaktu index saham jatuh  menjunam. Saya lebih tekankan pemilihan konsultan jadi amat-amat penting. Tetutama pada keadaan gawat, kita perlu fikirkan adakah perunding kita terus menjual unit trust dan tidak mengelakkan kerugian yang besar. Perunding yang baik akan menasihati kita bertukar ke dana lain. Walaupun ia akan mengecilkan pendapatannya dan seterusnya menasihatkan supaya berjimat dalam perbelanjaan harian. Peristiwa gawat ini dijangka mengambil masa tujuh tahun hirah dan dijangka akan turun dua per tiga mengikut kisah kemarau pada zaman nabi Yusuf.

Carilah orang yang dipercayai sebagai konsultan unit trust anda

Kebanyakan pelanggan saya akan mengikuti apa yang dicadangkan perunding. Jadi menjadi perunding adalah senang dari sudut melepasi ujian FIMM tetapi susah untuk menjadi orang yang dipercayai. Untuk itu satu perkara yang tidak boleh dibuat walau di dalam rumah yang tiada kena- mengena dengan inut trust adalah untuk tidak bercakap bohong setiap masa. Maksud saya tidak boleh berbohong dengan isteri, jika berkahwin, dan tidak boleh berbohong pada kedua ibu dan bapa dan tidak boleh berbohong dalam apa cara. Tiada bohong yang sunat. Sekiranya kita berbohong, kita telah jatuh jadi orang munafiq berbeza orang yang mencuri boleh dipotong tangan.

Mangapa saya tiba-tiba bercerita pasal berbohong? Di industri unit trust ini, kepercayaan orang terhadap kita adalah penting. Jadi sekiranya di rumah anda tidak boleh lari dari berbohong, macammana hendak menjaga pelaburan orang lain. Dari sudut pelabur pula, carilah konsultan yang dipercayai.

Carilah keuntungan tahunan yang banyak dan tidak lupa kegian yang minima

Keuntungan jikalau mencapai 12% terkompaun setahun adalah sangat banyak. Bermakna RM100,000 akan menjadi RM964,630 dalam 20 tahun. Ini adalah biasa. Saya selalu mengingatkan pelanggan dengan mengatakan keuntungan 12% itu biasa dalam pelaburan selama 20 tahun. Sekiranya anda mendapat seorang perunding yang baik akan dia mencadangkan supaya dikurangkan pelaburan equiti pada tahun gawat tahun 1994 – 2000. Pada masa itu indeks komposit telah jatuh lebih dua per tiga. Jadi carilah yang menguntungkan dan meinimakan kerugian.

Saya mempercayai bahawa keadaan akan berulang semula seperti tahun 1994 -2000 yang mana kita tidak digalakkan melabur. Saya menganggapkan ia akan berlaku bermula pada 2018, 2019 atau 2020 berdasarkan "dua kitaran hayat ekonomi". Anda boleh  juga cari di http://www.facebook.com/unittrustconsultants untuk sedikit maklumat.

Anggaplah dividen itu seperti tidak bermakna.

Keuntungan dari unit trust is adalah  dari (1) harga yang semakin meningkat dan juga (2) melalui dividen yang diistiharkan. Untuk unit trust, anggaplah kadar dividen itu tidak memberi apa-apa makna. Ini kerana kita mungkin dapat Rm15 hari ini, tetapi esok mungkin tidak dapat  dividen dan harganya akan dilaraskan  berkurangan RM15. 

Jadi dividen dianggap tidak mempunyai apa-apa makna. Kenaikan harga lebih penting, dan telah dicampur dengan dividen.

Anugerah tidak memberi makna terutama untuk jangkamasa pendek.

Segala anugerah dari pihak ketiga untuk dana yang dinilai dalam jangkamasa pendek misalnya 1 tahun memang kurang memberi makna. Kita lihat ia dimenangi oleh pelbagai syarikat. Yang lebih penting adalah dana yang memenagi anugerah untuk lima tahun dan 10 tahun. Itupun saya tidak menggalakkan kita melibat anugerah. Lihat sendiri pemenang anugarah pada tahun tahun lepas, tempat keberapakan ia pada tahun ini.

Kenal diri anda, dan labur dengan cara anda tersendiri.

Di dalam saham atau unit trust, kita kena tahu diri kita, cara kita hendak melabur. Pasaran saham sekarang mungkin orang berminat dengan ‘blue chip’ dan yang banyak beri dividen. Mungkin akan datang orang tidak berminat dengan dividen. Mungkin pada akhirnya orang akan berminat dengan syarikat yang harga rendah di bawah RM1.50. Jangan ikut orang lain. Ada toeri  yang mengatakan apabila kebanyakkan kata beli itulah masa untuk jual. Jadi ikutlah cara pelaburan yang betul. misalnya "saya terlalu sibuk maka tukar dana apabila ia turun 10% dari paras tertinggi". Pengurus pelaburan tidak dapat disalahkan dalam keadaan ini. Kata Sun Tzu  “If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles. If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat. If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battle” 

Daftarlah dengan sistem online

Hampir semua syarikat yang mengeluarkan unit trust ada menyediakan sistem online kebanyakan transaksi dibuat atas talian. Sesetengahnya membuatkan terlalu mudah untuk dapatkan sistem atas talian. Jadi daftarlah dan nikmatilah kemudahan yang ada. Ada masanya kita akan perlukan sistem atas talian. Misalnya anda di luar negara atau konsultan anda di luar negara dan anda hendak membuat pertukaran dana, anda boleh buat dengan cara atas talian. Untuk zaman ini sistem atas talian adalah perting. Mungkin tidak sekarang, tetapi hari anda menyesal jika tidak online.

Anggaplah "yuran tukar dana" sebagai sifar.

Dalam membuat pertukaran dana, syarikat mngkin mengenakan yuran pertukaran dana dan mungkin akan mengenakan satu yuran sebagai "denda" sekiranya memasuki semula ke dana bersifat ekuiti atau bersifat dana seimbang. Bagi saya yuran atau "denda" ini adalah terlalu kecil dan bersifat di bawah 1 peratus. Sekiranya anda menjangkakan pasaran terlalu tinggi dan mungkin jatuh, anggaplah yuran itu sebagai tiada. Bermakana sekiranya anda melabur RM100,000 anda mungkin kerugian sedikit menjadikan katakan 99,000 tetapi anda mengjangkan kejatuhan lebih 10% atau pergi ke RM 90,000. Jadi anda bayarlah katakan RM1,000 itu untuk mengelakkan kerugian RM10,000. Dan  sekirannya ia jatuh tukarlah semula ke dana bersifat ekuiti walaupun jangkamasa singkat.

Ini adalah pendapat semata-mata, anda diminta untuk rujuk kepada yang lebih arif.

6 comments:

  1. ramai gak yang dah labur berpuluh ribu tapi tak tahu apa dah jadi dengan duit yang dia sendiri labur. Duit berpuluh ribu tapi entah? Itulah orang melayu.. Bukan mengata sebab saya sendiri melayu. Tapi entahlah.

    ReplyDelete
  2. tak sangka ni dari hati dia tulis ni. Great site.

    ReplyDelete
  3. Pening lah jugak. . Jom kita ambil faedah dari ekonomi dan pasaran saham.

    ReplyDelete

Video

Loading...