Sunday, March 24, 2013

Saham modal rendah dan berisiko tinggi. Siri III




Apabila keadaan ekonomi menjadi rancak atau amat rancak, saham-saham yang diminati ramai adalah saham-saham yang berisiko tinggi dan ini biasanya adalah saham yang modal rendah. Saham yang berisiko tinggi ini mempunyai pulangan yang agak tinggi berbanding saham harga sederhana dan harga mewah. Biasanya saham ini pada dasarnya kurang memberi dividen.

Masa rancak, ramai yang tidak memperdulikan akan dividen. Yang penting pada waktu itu, kadar keuntungan mesti lebih. Ramai orang pada masa itu tidak kisahkan risiko yang penting pulangan tinggi.

Pada waktu ini, dana yang melibatkan saham modal rendah akan naik dan kenaikannya amat banyak.. Public Islamic Oppurtunuties Fund, satu dana amanah saham, adalah satu contoh yang baik. Dana ini tidak diluluskan untuk pelaburan dari wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja disebabkan oleh risikonya yang terlalu tinggi.

Waktu ini keadaan menentu sudah jadi keadaan rancak. Waktu ini juga pasaran saham mungkin menjadi pilihan berbanding amanah saham. Waktu ini keadaan pengangguran menjadi amat kurang dan ramai yang bertukar pekerjaan. Sebahagian pekerja di sektor awan pun akan membuat perniagaan atau mungkin berhenti kerja untuk memulakan bisness sendiri.

Sesetengah perunding akan terus merujuk kepada peratus kenaikan pada tahun-tahun lepas dan terus menggalakkan dana yang berkapita rendah. Ini bagi saya tidak patut kerana walaupun kenaikkannya banyak tetapi risikonya pun amat tinggi. Bagi saya, eloklah ditunggu masa yang amat rancak untuk melabur di saham atau dana yang berkapita rendah.


Lihat geraf di atas, ini menunjukkan dana yang berkapita rendah diminati oleh pelabur. Bagi saya, ia bukanlah  sesuatu yang digalakkan untuk masa ini.

Semua pembelian saham dan dana amanah saham adalah berisiko dan saya hanya memberi pendapat saya. Untuk nasihat yang lebih berguna, rujuklah kepada orang yang lebih arif.

Akan datang – Balance fund. atau dana seimbang.

No comments:

Post a Comment

Video

Loading...