Wednesday, March 20, 2013

Sambungan Siri II: Saham yang sederhana tinggi harganya dan di label "No 2" akan menjadi yang kedua naik



Saham yang sederhana, bagi saya ,akan akan naik selepas saham 'Blue Chip" dan saya letakkan label No 2.


Saya memberitahu bahawa pengurus dana akan memilih dari kaunter-kaunter yang difikirkan baik dari senarai yang dibenarkan di dalam dana tersebut. Apabila saham-saham mewah sudah tidak boleh naik lagi disebabkan harga yang sudah tinggi, pasaran saham akan, juga pada pendapat saya, memulakan kenaikan harga saham yang sederhana. 

Sudah tentu waktu ini keadaan pasaran saham sudah berlainan sedikit. Remisier akan untung lebih sedikit. Keadaan pasaran telah berubah ke keadaan yang lebih menentu dan atas sebab itu saham-saham sederhana menjadi kegemaran berbanding sebelum ini cuma saham mewah sahaja yang menjadi pilihan.

Kita lihat pada waktu itu, kenaikan harga dana yang berkaitan saham sederhana seperti Public Islamic Select Treasures Fund akan naik dengan banyaknya. Jadi pada waktu ini nanti ramai dari pelabur-pelabur akan memasuki ke bidang pelaburan ini dan ada yang akan tersilap dengan mengambil saham mewah sebagai pelaburan unit amanahnya. Akhirnya pengambilan dana yang berkaitan saham mewah tidak menguntungkan sebagaimana diharapkan.

Konsultan-konsultan yang percaya kepada konsep ini akan bersama-sama mengikuti perubahan harga saham berkaitan saham sederhana ini. Mereka akan lihat kepada apa yang dihadapan atau bakal berlaku dan bukannya melihat kepada apa yang dibelakang. Kita percaya kepada prestasi yang lepas tidak menjamin preatasi akan datang.

Di bawah adalah geraf yang terkini bat masa ini


Buat masa ini saya masih mempercayai bahawa saham 'blue chip' yang naik tetapi saya lihat geraf ini sebagai tanda-tanda awal bahawa saham '2nd liner' atau yang saya labul sebagai 'No 2" telah mendapat tempat di mata pelabur. Sila lihat geraf berwarna biru yang hampir-hampir mencecah harga tertingginya walaupun indeks kita (geraf warna merah)  berada di paras yang rendah.

Setelah hampir selesai kenaikan harga pada saham sederhana  ini saham yang berkapita rendah akan menguasai pasaran. Adalah baiknya jika dana Public Islamic Select Treasure Fund dipegang pada waktu ini.

Semua pembelian saham adalah berisiko dan saya hanya memberi pendapat saya. Untuk nasihat yang lebih berguna, rujuklah kepada orang yang lebih arif. Mereka yang berminat untuk menjadi perunding amanah boleh hubungi cekapsaham@yahoo.com

Akan datang - Saham berkapita rendah dan berrisiko tinggi

6 comments:

  1. sukses selalu untuk anda :) .

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.
    Saya lebih suka berkongsi dengan org lain segala apa yang ada.

    ReplyDelete
  3. thanks sbb BW blog saya ye :). anyway info yang menarik .

    ReplyDelete

Video

Loading...