Thursday, March 28, 2013

'Window dressing' pada 31hb Mac lebih dari 31 Disember


Saham terutama yang melibatkan indeks selalunya akan naik pada 31 Disember tiap-tiap tahun. Itu yang dinamakan 'Window dressing' atau jika diterjemahkan menjadi perhiasan tingkap.

Dari perhatian saya, "window dressing" ini sebenarnya lebih kepada penghujung suku pertama tiap-tiap tahun. Pada tahun ini 31 Mac 2013 jatuh pada hari Ahad maka perhiasan tingkapnya jatuh pada hari esok 29 Mac 2013.

Saya, sebagai remisier, berasa hairan bagaimana indeks boleh naik dengan begitu banyak pada hal harga kaunter-kaunter saham kebanyakkannya tidak banyak berubahdan sebahagiannya turun. Kemungkinan besar, esok pun indeks akan naik lagi.

Sebagai konsultan unit trust, saya merasakan ini semua adalah jelas teratur.


Bagi yang melabur dalam unit trust terutama pada kaunter blue chip, kemungkinan amat besar yang mereka dapat mengabil faedah dari kenaikkan ini. Sekiranya anda jangka indeks akan jatuh, anda bolehlah menukarkan ke Money Market Fund. Money Market Fund adalah fund yang tidak akan jatuh harganya. Apabila harga sudah jatuh, kita akan tukar semula ke ekuiti fund.

Tukar dana memang mempunyai harga yang 'rendah' jika kita tukar semula dalam jangka pendek. Jadi ini boleh, ikut pendapat saya, diabaikan. Anda perlu menyemak dahulu jumlah "denda" yang dikenakan jika menukar semula dalam  jangka pendek untuk membandingkan dengan potensi indeks untuk turun. Lagi sekali, anda kena merujuk kepada yang lebih arif kerana dana unit trust ini mempunyai risikonya tersendiri.


Graf di atas adalah untuk Public Islamic Select Enterprise Fund (warna biru)

Walaupun ramai pelanggan saya yang menukar ke Money Market Fund, anda perlu meminta pendapat orang yang lebih arif sebelum membuat keputusan. Saya hanya memberi pendapat sahaja, semuanya berisiko, dan tiada apa-apa nasihat diberikan di sini.

3 comments:

Video

Loading...