Friday, April 12, 2013

Dana "Public Islamic Equity Fund" . Siri V

: Dzulfariz Azman
Ini adalah siri kelima dalam menceritakan pasal dana yang macam mana putuh dipengang sesuai dengan cara anda atau mengkin pelanggan anda. Kali ini kita lihat "Public Islamic Equity Fund".

Dana Public Islamic Equity Fund adalah satu dana yang mencampurkan saham-saham mewah, saham sederana dan saham berkapita rendah. Ianya penting pada orang yang tidak mahu mengambil tahu waktu ini waktu saham yang mana, saham mewah atau saham sederhana.

Dana Public Islamic Equity Fund ini bebas mengambil apa-apa dari saham yang patuh shariah. Jadi anda tidak perlu fikir saham yang mana hendak ambil asalkan pasaran kita normal dan tidak gawat, kita boleh ambil Public Islamic Equity Fund.

Dana Public Islamic Equity Fund juga sesuai diambil dimana keadaan tidak menentu. Ia juga sesuai untuk orang yang tiada masa untuk menjaga dana mereka, menukarkan dana mereka. Tetapi mahu melabur untuk jangka panjang.

Dana ini tidaklah begitu tinggi kerana ia adalah purata dari tiga jenis dana tersebut. Untuk jangka sederhana pulangannya tidak begitu tinggi tetapi akan mendapatkan balik pulangan tinggi apabila kita lihat pada jangka agak panjang. Jadi dana ini untuk orang yang tidak mahu tahu saham yang mana patut dibeli tetapi mahu melabur dan tiada masa untuk memikirkan saham yang mana yang patut dibeli. 

Keuntungan di saham yang berupaya tinggi dan murah adalah lebuh tinggi sedikit daripada saham mewah. Risiko bagi dana ini tetap tinggi tetapi lebih rendah dari dana di saham-saham mewah dan sudah tentu ia lebih rendah dari saham yang berupaya dengan harga rendah.

Saya menggalakkan anda untuk keluar dari dana ini waktu gawat.

Semua pembelian saham adalah berisiko dan saya hanya memberi pendapat saya. Untuk nasihat yang lebih berguna, rujuklah kepada orang yang lebih arif.

9 comments:

  1. nice....
    http://azishtm.blogspot.com/2013/04/ini-blog-pks-yaaa.html

    ReplyDelete
  2. Mampir ahhh...
    ada teh es gak yaa disini...
    heehehehh.... :D

    ReplyDelete
  3. Oiyaa,,, jgn lupa di Follow Back yaaa gan...

    ReplyDelete
  4. belum faham isi kandungannya..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab tak baca lagi siri I, II, III, IV kot. Saya cuma nak ceritakan bagaimana adna boleh buat duit dengan unit trust. Cara paling senang ialah beli masa orang ramai tak minat nak beli dan bukan waktu gawat dan jual bila ramai orang minat dengan saham. Adakah anda minat memasuki unit trust bila rakan-rakan anda berminat dan mengatakan ianya bagus? Di sini saya ceritakan pecahan dana-dana yang patut dibeli.

      Delete
  5. wahhh informasi yang sangat bermanfaat...

    ReplyDelete

Video

Loading...