Wednesday, April 10, 2013

Dana Seinbang - Kursus Siri IV




Ini adalah siri IV dalam kursus bagi mereka yang ingin mengetahui pasal unit trust. Kali ini saya cerita sedikit pasal dana  seimbang. 

Dana ini adalah seimbang dari sudut ekuiti  dan sukuk atau bond. Dana seimbang tidaklah terlalu tinggi risikonya dan boleh diberi sedikit kelonggaran kepada pengurus untuk mengimbangi dana. Bermakna lebih banyak dibeli ekuiti pada waktu yang difikirkan telah murah dan lebih susuk dibeli pada waktu equity telah mahal.

Kita lihat balance fund ini memberi pulangan rendah sedikit dari misalnya dana yang berkaitan saham mewah. Jadi ia sesuai untuk mereka yang takut risiko yang tinggi maka risiko sederhana adalah amat sesuai.

Sukuk dan ekuiti adalah berbeza diri sudut kenaikan. Ini membolehkan dana yang balance ini mendapat pulngan pada waktu saham sedang jatuh iaitu dari kenaikan harga sukuk..

Dana seimbang mempunyai risiko lebih rendah dan mempunyai kenaikan yang sederhana. Walaubagaimanapun ia memberikan kenaikan dibahagi risiko yang banyak. 

Semua pembelian saham adalah berisiko dan saya hanya memberi pendapat saya. Untuk nasihat yang lebih berguna, rujuklah kepada orang yang lebih arif.

No comments:

Post a Comment

Video

Loading...