Tuesday, April 9, 2013

Kesihatan sangat penting walau apa yang dicita-citakan



Salaam.

Teringat saya satu cerita oleh seorang rakan saya, sekarang di Public Mutual jadi perunding unit amanah. Sebelum beliau ke Public Mutual, beliau sorang yang berpangkat hampir setiap minggu beliau ke luar negara, kadang ke Hong Kong, China, Jakarta, dan merata tempat. Jagi memanglah banyaklebih-lebih lagi bersangkut-paut dengan kaunter tersenarai di Bursa Malaysia.

Saya pendekkan cerita,  Beliau pada satu hari di lapangan terbang, rasa lain sedikit dan terus pengsan. Beliau tidak tahu apa yang terjadi waktu itu tetapi apabila beliau sedar beliau terus menulis sebuah surat kepada tempat beliau bekerja, yang beliau ingin berhenti kerja.

Disebabkan surat itu, beliau diziarahi oleh ramai orang terutama orang yang tidak ingin beliau berhenti kerja. "Ambillah masa anda, tapi jangan berhenti kerja" kata rakannya.

"Maaflah, saya dah pun tulis surat berhenti kerja" jawab beliau.


Masa ini telah ditunjukkan kepadanya erti kesihatan. Anda mungkin boleh kerja yang berpangkat besar tetapi anda tidak boleh beli kesihatan.

Sebenarnya, tiada erti kesenangan material kerana kesemua ini akan tidak bermakna sekkiranya anda sakit. Cita-cita anda mungkin boleh jadi menambahkan kekayaan anda, tetapi tidak bermakna sekiranya ia tidak menjaga kesihatan anda. Bak cerita Nabi Ayyub, seseorang yang tidak menjaga kesihatannya dengan sebab tidak berdoa kepada Allah, segala hartanya semua tidak boleh membantunya. Apabila Allah memberikan ia kesihatan selepas ia berdoa kepada Allah, semua hartanya kembali kepadanya.

Aabila kita sibuk mencari kekayaan kita sering terlupa kepada kesihatan. Anda sebenarnya tidak kaya apabila tidak sihat. Anda tidak kaya apabila tidak boleh makan makanan yang bergula seperti orang yang kencing manis.Anda tidak kaya apabila ada penyakit gaut. Saya perlu kita ingat ialah untuk jadi kaya di dunia ini kita kena sihat. Apabila sihat baru anda boleh keluarkan hasil dari pekerjaan anda.

Jadi rakan saya tadi terus berhenti kerja dan join Public Mutual dan beliau berasa untung yang amat sangat kerana beliau tidak perlu bekerja keras dan tiap-tiap tahun beliau bercuti ke luar negara tetapi kali ini benar-benar bercuti kerana ia adalah sesuatu yang diberi oleh Public Mutual. Bercuti dengan Public Mutual adalah sesuatu yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Anda fikirkanlah nasib anda. Sekiranya lebih kurang macam ini, berbuatlah sesuatu. Sertai kami sebagai perunding unit amanah dan saya ada menceritakan mengenai peruding unit amanah serba sedikit pada posting yang lepas.

Hubungi saya di cekapsaham@yahoo.com jika berminat untuk bersama kami.

No comments:

Post a Comment

Video

Loading...