Sunday, April 21, 2013

Orang yang senang dapat jualan akan bersama-sama dengan arang yang senang dapat jualan juga

: Dzulfariz Azman



Salaam,

Ada orang dengan senang je dapat jualan. Ada orang susah dapat jualan. Ada orang kata tidak suka buat jualan, tetapi membuat jualan juga, iaitu menjual dirinya dengan harga 1/3 dari sepatutnya.

Seseorang yang merasa susah untuk membuat jualan unit trust biasanya akan bersama-sama dengan orang yang susah membuat jualan juga. Mereka adalah orang yang bersusah payah untuk membuat jualan. Anda yang susah buat jualan kena berubah dan bersama-sama dengan orang yang senang buat jualan supaya dia juga senang buat jualan.

Sebelum kita memjual kepada pelanggan kita, kita kena jual diri kita dahulu. Pelanggan kita beli sebab utamanya mereka suka pada kita, sebab yang lain jadi no 2. Yang pertama adalah diri anda. Apabila anda telah berjaya yakinkan potensi anda kepada pelanggan anda, menjadi amat sukar untuk orang lain masuk mengantikan tempat anda. Anda akan dapat bisnes dari mereka dan dapat referal dari mereka. Bisness menjadi mudah untuk anda.

Untuk menjual anda perlu paham kehendak orang yang kita jumpa. Tanya soalan yang patut ditanya.Apabila anda berjaya jual diri anda, kemudian baru buat rundingan unit trust. Saya akan tulis sedikit pasal ini akan datang.

Kenapa kita jangan jual unit trust? Pelanggan anda orang yang pandai, dia sepatutnya tahu masa yang dia patut beli atau tidak. Terutama untuk masa gawat, adalah tidak patut untuk anda menjual unit trust. Itulah jangka masa yang amat lama, iaitu tujuh tahun, yang dijangka tidak boleh berbuat apa-apa.

Kenapa dalam satu artikel yang lepas saya kata istighfar kurang-kurang 70 kali boleh mengurangkan masaalah seperti dalam kisah nabi Nuh? Memang benar, istigfar dan selawat akan memberikan aura untuk kita bertemu pelanggan. Dengan istighfar kita mudah untuk membuat jualan. Hanya bagi orang Islam terdapat istighfar tetapi kena buat betul-betul bukan setakat istighfar tetapi bertaubat yang betul-betul dengan bilangan minima 70 kali. Anda buat betul-betul dan beritahu saya hasilnya.

Rasa bersyukur memang telah banyak ditulis sebagai amalan yang sangat baik dalam membuat jualan. Dalam buku "the secret" juga menceritakan rasa bersukur dengan mengucapkan "Thank you universe". Di dalam buku "the secret" tidak ada diceritakan pasal tuhan. Sehingga cerita "Star Wars" juga tiada tuhan kecuali "The Force" sehingga dikatakan "May the force be with you". Kita, umat Islam, percaya kepada Allah dan rasa bersyukur kepada Allah adalah amalan yang baik, dan Allah juga yang memberi rezeki kepada kita. Sekiranya anda masih tidak percaya bahawa Allah akan memberi rezeki yang terlalu banyak kepada anda, sebab itulah anda gagal. Kata-kata guru, Yoda dalam "Star Wars" juga menceritakan perkara yang sama. Contohnya apabila Luke mengatakan "I dont believe it". ""That is why you failed" kata Yoda

Orang yang menjadi konsultan unit trust dan percaya bahawa 7 tahun yang rancak ini akan menjadi orang yang teramat-amatlah besar keuntungannya kerana 7 tahun selepas itu adalah gawat yang sangat. Banyak itu berapa banyak. Saya bagi gambaran sahaja iaitu misal kata anda atau anak hendak makan sesuatu yang hanya ada di Jeddah, anda hanya membuat satu panggilan telefon untuk terbang dan makan di Jeddah. Dan sekiranya anda makan di tempat anda, anda tidak lihat pada harga. Perkara ini benar-benar berlaku dalam industri unit trust tetapi saya menggalakkan anda bersederhana dalam berbelanja.

Sekiranya anda berminat menjadi konsultan unit trust, anda boleh hubungi saya di dfariz@yahoo.com. atau anda boleh menyemak artikel saya yang sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Video

Loading...