Thursday, May 23, 2013

Waktu sekarang waktu untuk saham sederhana dan saham rendah.

: Dzulfariz Azman

Saya ada bagi kursus sebelum ini yang mengatakan market kita terbahagi 3 , blue Chip, second liner atau saham sederhana dan saham bercapital rendah. Blue Chip naik dulu, mungkin sebelum pilihanraya. Saham harga sederhana naik selepas pilihanraya dan saham rendah juga naik selepas itu.

Kalau anda belum membaca pasal kursus itu anda boleh pergi ke Siri I, Siri II, Siri III, Siri IV dan Siri V




Saham sederhana boleh diwakili oleh dana PISTF yang mana saya letakkan graf kenaikan dari awal bulan 5. Kenaikan yang dekat 10% itu sebanarnya banyak.

Piof yang mewakili saham rendah (tak boleh masuk bagi EPF), juga naik yang amat banyak.

PIEF yang kurang untung sebelum ini, tiba-tiba telah meningkat keuntungannya. Ini kerana PIEF mempunyai saham dari blue chip, saham sederhana, dan saham rendah. Sebab itu PIEF, saya syorkan untuk orang yang malas hendak mengambil tahu kaunter mana yang hendak dibeli.


Jadi waktu ini, bagi saya, tidak sesuai untuk melabur di PIDF dan PISEF kerana dua-dua dana ini adalah blue chip. Saham yang bagi dividen adalah saham blu chip dan saham dari 50 kaunter yang tertinggi dari shariah adalah juga blue chip.

Selepas selesai kenaikan kaunter rendah, kaunter mana pula? Itu masanya untuk buat switch atau pertukaran dana. Tapi itu nanti dulu kerana, bagi saya, ada lagi kenaikan. Apabila sampai masanya, siapa yang tidak membuat swith/pertukaran akan rasa peritnya. Ini adalah kerana bagi saya ada tanda-tanda ia akan jatuh dengan banyak dari analisa teknikal.

Secara ringkas unit trust consultant bukan orang yang tidak mahu mengambil tahu tentang pasaran, bukan orang yang hanya tahu menjual, tetapi sesuai dengan nama konsultan unit trust, mereka beri konsultan yang berfaedah.

Dan jika ada pembaca yang ingin menjadi konsultan, boleh hubungi dfariz@pakarsaham.com. Kata saya, tujuh tahun ini sahaja untuk berjaya, tujuh tahun lepas itu, mungkin tidak boleh.

2 comments:

  1. Hi there,

    I’m Azmierul writing on behalf of the ikahwin.my team. Not sure if you have heard of www.ikahwin.my, so here’s a basic introduction to what our website actually offers. We gather only the best wedding vendors in town all in one website, making it easier for couples who are planning for their upcoming wedding to find for vendors from each categories. I’ve came across you blog and find it interesting, I would like to ask if ever you’re interested to blog about our wedding directory? Do pay us a visit to www.ikahwin.my I’m sure you will find it as an interesting topic to blog about and share to your fans out there.



    Thank you.

    ReplyDelete
  2. Zabakuto: bagus artikelnya kunjungi balik yahhh thanks
    http://bakuto-xp.blogspot.com/search/label/Renungan%20panglima

    ReplyDelete

Video

Loading...