Thursday, July 11, 2013

Saham ni naik-turun. Jual sekarang? Atau tunggu naik lagi. "UMW Oil & Gas..." boleh langgan di MITI.

Salam,

Saya dah lama tidak menulis jadi saya cuba tulis sekarang semperna bulan Ramadhan.

Tajuk di atas merupakan persoalan yang saya sendiri tiada jawapannya. Bagi yang melabur untuk jangka pendek, sukar saya hendak berikan jawapan. Tetapi untuk jangja panjang, anda tahu jawapan saya.

Dari sudut teknikal, memang terdapat 'gap', iaitu harga terendah di suatu hari melebihi harga tertinggi hari yang sebelumnya. Dari sejarah indek FBMKLCI, semua 'gap' akan ditutup semula bererti indek FBMKLCI akan turun ke paras 'gap'. Saya mempercayai 'gap' itu akan ditutup untuk jangka pendek tetapi ia dijangka naik lagi (Ini bagi pendapat peribadi saya, bukan nasihat). Kemudian kita kena berhati-hati kerana 'gap' akan ditutup dan indek FBMKLCI akan jatuh dengan banyak. Untuk unit trust, kita boleh buat switch ke dana yang berbentuk "Money Market" untuk mengelak dari kerugian yang besar.


Lagi satu, UMW Oil & Gas Corporation Berhad, sudah dibuka untuk dipohon untum melanggan melalui MITI untuk bumiputera. Anda perlu bank statement yang disahkan oleh bank. Tarikh tutup 16hb Julai. Rujuk laman sesawang MITI.

Sedikit maklumat tentang UMW Oil & Gas Corporation Berhad.
TARIKH TUTUP : SELASA 16hb JULAI 2013 JAM 12 TENGAHARI, to be sent to me by 5pm Monday 15th July.
Jumlah saham khas : 248,630,000 unit
Harga par : RM 0.50
Harga tawaran : Akan dimaklumkan kelak - anggaran RM3 ke atas
Aktiviti utama syarikat : UMW-OG is a Malaysian based multinational provider of drilling and oilfield services for the upstream sector of the oil and gas industry. UMW-OG is the first Malaysian owner and operator of jack-up drilling rigs in Malaysia.
Bank penasihat : CIMB Investment Bank Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd
Disclaimer : Rujuklah kepada orang yang layak memberi nasihat. Pelaburan dalam saham atau unit trust adalah berisiko. Apa yang ditulis di sini adalah pendapat peibadi sahaja.

No comments:

Post a Comment

Video

Loading...