Tuesday, August 13, 2013

Anda tidak Mahir. Apa itu kitaran pertama, Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi

: Dzulfariz Azman

Anda tidak perlu mahir untuk berjaya, tekat itu lebih penting atau buat sambilan dahulu. Terutama dalam industri unit trust ini.

Sekiranya anda lihat mereka yang jadi konsultan unit trust ini, Sedikit sangat yang pakar dalam saham dan selebihnya tidak tahu mengenai saham. Dan mereka bukan mahir di bidang ekonomi. Mereka ambil kursus-kursus yang tersangat murah di Public Mutual dan mereka nampak berilmu.

Orang yang anda kata mahir dalam ekonomi, bukan mahir mana pun. Anda pun boleh jadi lebih mahir. Melalui Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi, bakal teori yang saya bawa di sini akan menjadikan anda lebih mengetahui tentang ekonomi dan saham, serta memahami kehendak zaman ekonomi baik sangat iaitu mengimpan sedikit pemberian Allah kerana waktu itu manusia akan jadi pelupa. Pelupa untuk menyimpan yang akan menjadikan kita lebih baik amalannya. Pelupa untuk bersyukur. Pelupa yang suatu masa nanti akan jadi kegawatan yang panjang yang akan memakan duit simpanan di unit trust kita. Oleh itu janganlah disimpan di pelaburan ekuiti jika telah masuk waktu gawat.

Kebanyakkan kursus di Public mengambil masa 1 hari penuh. Kebanyakkannya dengan yuran RM10.00 untuk untuk nota-nota, tempat dan tetamu dari yang mungkin datang dari luar kawasan untuk berceramah. Kursus-sursus ini berkualiti dan akan menjadikan anda lebih berkeyakinan dalam industri ini.

Selain dari itu ada juga disediakan kursus professional yang lain dengan harga subsidi. Bayangkan anda masuk kursus-kursus professional dengan harga, katakan, separuh harga asal sebab anda telah join kami.

Kami menyediakan senarai prospek bagi yang tidak tahu di mana hendak mencari prospek. Atau kami terangkan bagaimana hendak berjumpa prospek bagi yang sudak ada prospek. Ini adalah sesuatu yang sangat bernilai yang kami berikan untuk bakal-bakal konsultan dan konsultan kami.

Kebanyakkan pelabur tidak akan marah sekiranya pelaburannya turun untuk jangkamasa pendek kerana ini biasa dalam pelaburan. Bagi saya mereka lebih takut kepada harga yang menjunam ke bawah untuk tempoh yang panjang. Jika keadaan itu berlaku, anda boleh, antaranya cari pelabur yang lain yang tidak marah untuk terus melabur, Atau anda boleh lebih berhati-hati dengan menceritakan mengenai kegawatan dan cara-cara untuk pelanggan anda tidak teruk terjejas dan anda juga tidak terlalu terjejas.

Saya, mencadangkan kita melabur dan berhati-hati. Ini bersesuaian dengan ayat Al-Quran dalam surah Yusuf yang bermaksud

Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (Yusuf 12:47)

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (Yusuf 12:48).

“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". (Yusuf 12:49)

Dari ayat-ayat ini ada menggambarkan bahawa adanya dua sub kitaran dari kitaran hayat ekonomi yang perlu kita menyimpan untuk mengharungi 7 tahun yang gawat. Itu kitaran pertama. Ayat 12:49 pula kitaran kedua. Saya katakana bahawa sekarang kita berada pada 7 tahun kitaran pertama yang menaik
.
Ini adalah gambaran yang saya bayangkan dan bolehlah dirujuk kepada yang lebih arif.

Saya telah membantu ayah saya menjadi remisier tahun 1993 (saya jadi remisier tahun 1996). Waktu itu peniaga sayur dan ikan di pasar pun berada di pasaran saham. Ramai manager bank yang berhenti kerja dan masuk jadi remisier dan masih lagi remisier di sini. Pembayar income tax terbanyak adalah remisier. Tapi itu dahulu. Kali ini, saya menjangkakan konsultan unit trust yang akan jadi seperti remisier dalam tahun 1993.

Untuk yang hendak menjadi konsultan unit trust atau perunding unit amanah anda boleh menghubungi saya di dfariz@pakarsaham.com atau cari di http://www.facebook.com/unittrustconsultants

Anda perlu menduduki peperiksaan yang senang (akan jadi susah jika lambat) dan perlu ada

 1) Kad pengenalan
 2) gambar passport 6 keping
 3) Sijil Spm atau ke atas yang original. Kredit dalam Bahasa dan Math
 4) Duit Rm250.00
 5) Sign agency contract (saya beri)
 6) Sign letter of aoth (saya beri)
 7) buka akaun public bank dan apply e-banking (saya tunjukkan)

2 comments:

  1. Nice postingan..^_^ Visit and followback ya.. salam kenal..
    www.asfa-id.blogspot.com

    ReplyDelete

Video

Loading...