Tuesday, August 20, 2013

Index FBMKLCI turun 37 mata. turun 2.1%. Memang dasyat tapi kenapa?

Sekarang ini pukul 3.55 petang. pada 20hb Ogos 2013

Index FBMKLCI turun 37 mata. Ia sekarang pada 1740.

"Itu 2.1 peratus tu. Ish-ish dasyat. Index ni nak jatuh lagi ke." tanya seorang rakan.

Saya pun menceritakan pasal indeks yang jatuh banyak.

"Sebenarnya apa yang berlaku, antaranya ialah Amerika Syarikat nak tarik balik pakej ransangan yang telah dibuat. Akhirnya bukan Amerika syarikat sahaja yang pasaran sahamnya turun tetapi turut ke seluruh dunia" jawabku.

"Kenapa Amerika Syarikat hendak tarik balik pekej ransangannya? Kalau saya, saya lihat dari Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi. Masa gawatnya bermula tahun 2008. Selepas 7 tahun hijrah dari 2008 adalah tahun 2014" tambahku lagi sambil memberitahu bahawa pendapat peribadi saya, anda digesa mendapatkan pandangan lain. Saya bukan membuat nasihat untuk membeli atau menjual cuma memberi pendapat.

"Masa gawat sehingga tahun hadapan?" tanya seorang rakan

"Ya. tahun hadapan. Masa ini pakej ransangan untuk mengurangkan kesan kejatuhan ekonomi amat-amat tidak berfaedah. Kerana kesan kejatuhan itu tidak lagi terasa, apatah lagi bila diberi kusyen empok. Masanya pun tinggal tahun hadapan, ada pendapat mengatakan sudah masanya" jawabku

"Apabila sudah hampir habis tempoh gawat yang kita tahu mengambil masa 7 tahun, segala kusyen lembut akan menjadi bantal." Jawabku lagi secara berlawak.

"Jadi bagi orang yang memahami Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi, dia akan tahu 7 tahun hijrah untuk masa gawat. Dan beberapa tahun selepas itu adalah zaman ekonomi yang sederhana. Dia juga akan mengetahui bahawa ekonomi di Malaysia sedang masuk ke zaman rancak untuk 7 tahun." aku memberi penjelasan.

"Kalau begitu, kenapa ekonomi Malaysia pun turun, dan banyak pulak tu." tanya seorang rakan lagi.

"Pasaran sahamnya bukan ekonominya. Pasaran saham bergerak seiring dengan ekonomi. Di sini pasaran saham akan bergerak ke bawah disebabkan adanya berita buruk mengenai ekonomi. Berita buruk ini akan menjadi bertambah buruk dengan adanya orang yang takut dan disokong pula dengan penjualan margin. Dan saya rasakan ia akan pulih semula dalam jangka pendek." jawabku sambil menulis dengan pena untuk memberi penerangan.

"Jadi kita tunggu di bawah kalau hendak beli. Tapi berapa banyak di akan turun" tanya rakan tadi.

Aku pun memberi penerangan sedikit. Kita kena lihat gap, yang saya sendiri percaya ia akan ditutupi. Setidak-tidaknya gap ini akan ditutupi. Jadi paling tidak, saya jangkakan di sini tapi carilah orang lain yang lebih arif.

Sekian. Sekiranya anda berminat menjadi konsultan unit trust, dan berminat mencerikan kepada pelanggan anda tentang masa gawat selama 7 tahun dan pelanggan anda tidak digalakkan untuk melabur waktu itu, hubungi saya. dfariz@pakarsaham.com


*penulis bukan orang yang layak memberi nasihat tentang saham, carilah orang yang lebih berkemahiran.

No comments:

Post a Comment

Video

Loading...