Monday, September 30, 2013

Kisah nabi Ayyub dan nabi Sulaiman hubungan dalam mencari kekayaan material.

Darihal saya, Dzulfariz Azman.

Assalamialaikum

Dengan nama dan kehendak Allah yang maha pemurah, maha pengasih. DenganNya aku meminta pertolongan. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan dan kehendak Allah semata-mata.

Saya ingin jelaskan bahawa dalam mencari kekayaan material, kita sering terlupa pada kesihatan kita. Saya bawakan cerita nabi Ayyub itu kerana menjadi pengajaran pada kita.

Seorang bangsa Yahudi pernah memberitahu saya bahawa apa yang dia fahami dari membaca kitab  'the old testiment' atau 'kitab taurat yang diubahsuai' ialah 2 perkara amat penting. Iaitu pentingnya kesihatan dan pentingnya pasangan hidup.

Konsultan unit trust dan bakal-bakal konsultan unit trust sekalian.

Bukan  saya mencari perkara yang buruk mengenai nabi Ayyub 'alahis salam, dia adalah nabi. Tetapi cerita kisah nabi Ayyub itu telah menceritakan bahawa kesihatan yang tidak dijaga itu membawa kepada kefakiran.

Ada dua perkara yang melampau atau 'extreme'. Satu adalah kesihatan nabi Ayyub yang teramat sakit dan yang kedua adalah keadaan nabi Ayyub dari kaya-raya hingga menjadi seorang yang terbuang dan dicela oleh masyarakat.

Ini adalah apa yang akan terjadi sekiranya kita melampau tidak jaga kesihatan. Sekiranya kita tidak menjaga kesihatan sedikit-sedikit kita akan menjadi seperti nabi Ayyub yang tidak menjaga kesihatan dengan sebab tidak mahu atau segan berdoa kepada Allah.

Sekiranya kita sedikit-sedikit kurang menjaga kesihatan kita, rezeki kita akan sedikit-sedikit berkurangan. Itulah yang saya ingin terangkan di sini. Walaupun perkara yang melampau yang diberitahu tetapi antara melampau itu terdapat titik-titik pertengahan yang juga akan mengurangkan rezeki kita. Jadi yang terbaik, jagalah kesihatan.

Saya menulis ini atas sebab saya sendiri pernah kena angin ahmar atau stroke pada umur 30-an. Saya pernah membuat perniagaan yang dikira tidak menjadi sebelum itu. Anda buat perniagaan? Jika "ya" , Alhamdu lillah. Tapi kesihatan anda terjaga? Jika "ya" pun Alhamdu lillah. Jika tidak, berubahlah.

Lebih teruk lagi adalah mereka yang makan gaji. Mereka ini tertekan. Lagi naik jawatan, lagi tertekan dengan gaji cuma lebih kurang 1/3 daripada yang sepatutnya. (jika diumpamakan dalam 2 sub kitaran ekonomi). Saya rasa mereka tahu apa yang saya maksudkan.

Bukan saya hendak mengecilkan sesiapa tetapi rezeki itu memang 90% dari perniagaan. Walaupun ada hadis yang mengatakan tetapi tiada dalam hadis sahih. Walaubagaimanapun saya masih mengatakan bahawa perniagaan adalah sebahagian besar dari rezeki. Sekiranya anda makan gaji, dengan tekanan yang diberikan, saya rasa tidak berbaloi. Saya minta maaf kepada mereka yang makan gaji, ini bukan untuk mengecilkan sesiapa setakat mencari kebebasan kewangan. Saya akan ceritakan mengenai kebebasan kewangan nanti.

Sekiranya anda belum tahu apa perniagaaan yang anda boleh buat, saya ajak anda ikuti sebagai konsultan unit trust. Anda buat perundingan, anda dapat duit sekiranya berjaya. Tetapi ada masanya anda tidak digalakkan melabur dalam ekuiti. Bila, bagaimana. Itulah yang kita hendak rundingkan. Di bawah saya, saya akan ajarkan cara hendak buat rundingan.  Hubungi saya di dfariz@pakarsaham.com sekiranya anda berminat atau ingin tahu lanjut mengenai unit trust.

Jadi ikutlah pengajaran dari cerita nabi Ayyub, kesihatan itu penting untuk kekayaan. Atau pun kesihatan penuh itu membawa kepada kebebasan kewangan dan tidak jaga kesihatan itu membawa kepada kefakiran.

Satu lagi adalah pentingnya pasangan hidup dalam mencari kekayaan material. Kekayaan material yang saya tekankan di sini sebab kekayan itu dari banyak sudut samada material atau bukan termasuk contohnya  berapa orang anak. Ada yang boleh kira dan ada yang tidak boleh kira, dan yang lebih banyak adalah yang tidak boleh kira seperti kesihatan. Jadi bagaimana pasangan hidup penting dalam mencari kekayaan material. Saya mungkin akan ceritakan kisah nabi Sulaiman yang mempunyai, kalau tidak silap saya sehingga 1000 isteri.










No comments:

Post a Comment

Video

Loading...