Tuesday, September 17, 2013

Perbezaan Syaitan dan Iblis

: Dzulfariz Azman


Adakah terdapat perkara yang berbeza antara iblis dan syaitan.

Saya tpernah mendapat sedikit kata-kata guru melalui  Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia mengenai nama iblis dan syaitan dan saya teruskan mencari nas-nas Al-Quran mengenai perkara ini, dan saya telah menjumpai perkara yang akan dibincangkan di sini.

Iblis dari sudut bahasa arab, beerti putus asa. Putus asa bermaksud kecewa dan tidak dapat kembali dari rahmat Allah. Putus asa ini amat dahsyat kerana ia adalah permulaan kepada perkara-perkara negetif yang lain.

Dalam Islam kita memang disuruh berfikiran positif, kerana segala yang positif itu ada dalam nama Alah, Asma Ul Husna. Kita sentiasa berfikiran positif sebab terdapat banyak kelebihannya dan kita tidak putus asa dari rahmat Allah. Apabila kita putus asa, ditakuti kita akan menjadi seperti iblis.

Kenapa iblis dikatakan putus asa? Kita lihat ayat Al-A’raaf ayat 13

“Turunlah engkau dari syurga itu (wahai Iblis), kerana engkau tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah, sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.”
(Al-A’raaf 7:13)

Iblis diberitakan asalnya hidup dalam Syurga. Di syurga dikatakan bukan tempat untuk orang yang menyombong diri. Apabila iblis telah menyombong diri dengan tidak mahu sujud kepada Adam atas perintah Allah s.w.t., maka Allah telah berfirman dengan ayat tadi.

Sebelum itu semua malaikat disuruh untuk sujud kepada Adam. Dan semua malaikat sujud kecuali iblis. Kita boleh lihat ayat sutah Al-A’raaf ayat 13

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
(Al-A'raaf 7:11)

Nama ‘iblis’ digunakann di sini. Iblis menampakkan kedegilannya atas sebab merasa megah kerana ia diperbuat dari api sedangkankan Adam diperbuat dari tanah. Ini dapat dilihat dari ayat Al-a’raaf ayat 12 .

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."
(Al-A'raaf 7:12) |

Azazil, nama asal kepada Iblis telah dijadikan dari api dan Adam itu dijadikan dari tanah yang diberi bentuk. Atas sebab itu , Azazil enggan tunduk menyembah kepada Adam. Maka jadilah ia dengan nama Iblis, yang putus asa atau putus harapan.

Apabila ia diperintahkan supaya turun dari Syurga, maka iblis pada masa ini telah berputus asa dari rahmat tuhan. Maka keluarlah, sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.

Putus asa ini tidaklah terlalu besar kesalahan, jika dilihat dari mata kasar, tetapi ia akan jadi permulaan kepada perkara buruk yang lain iaitu khianat. Khianat ini boleh diumpamakan seperti ular yang mematuk mangsa tetapi tidak makan. Mematuk mangsa itu tidak memberi manfaat kepada ular tersebut sebab kalau mati mangsanya ia tidak boleh makan mangsa. Ular itu mematuk mangsanya diumpamakan perbuatan yang khianat.

Iblis tidak meminta ampun atas kesilapannya sebaliknya terus berputus asa. Kita tahu Allah s.w.t maha pengampun, walau bergunung kesilapan yang pernah kita buat, dia tetap pengampun. Nabi Adam a.s pun apabila mengetahui kesilapannya, memakan buah larangan, telah merayu kepada Allah. Ini dikatakan dalam ayat 23 surah Al-A’raaf.

Kita boleh nampak perbezaan Iblis dengan Nabi Adam a.s. Nabi Adam a.s terus meminta ampun atas kesilapannya dan tidak berputus asa tetapi Iblis terus berputus asa.

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
(Al-A’raaf 7:23)

Kita tahu rahmat Allah amatlah besar. Kita tidak harus putus asa dengan rahmat Allah walau apa pun terjadi. Sekiranya Allah tidak mengampunkan kita dan memberi rahmatnya maka jadilaj kita orang-orang yang rugi.

Kita berbalik ke ayat 19 dari surah Al-A’raaf yang mana Allah mengingatkan kita bahawa Nabi Adam a.s masih tinggal di Syurga.

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".
(Al-A'raaf 7:19)

Iblis telah meminta agar ia diberi sehingga penghujung waktu dan telah diperkenaankan. Bererti iblis tidak mati atas izin Allah sehingga hari kiamat. Dalam waktu-waktu itu, iblis telah beruasaha untuk menggoda Adam a.s..

Ayat berikutnya baru digunakan perkataan Syaitan. Iaitu ayat surah Al-a’raaf (7:20)

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".
(Al-A'raaf 7:20)

Di sini nama syaitan digunakan. Syaitan membisikkan agar memakan buah larangan. Memakan buah larangan itu tidak menguntungkan bagi Iblis atau Syaitan. Adam a.s. yang akan terima balasan jika ia ingkar dan makan buah larangan tersebut. Syaitan tidak mendapat utung di sini. “Syaitan itu menyuruh Adam a.s membuat perkara ingkar” itu merupakan perbuatan khianat.

Bagi saya yang lemah ilmu pengetahuan ini, syaitan ini adalah bermaksud pengkhianat. Sebab itu dalam surah Al-A’raaf, apabila peringkat pertama ia berputus asa ia disebut Iblis dan bila ia menghasut Nabi Adam a.s, untuk melakukan perkara yang tidak menguntungkan ia(Iblis), ia terus di disebut syaitan. Jadi dalam Surah Al-A’raaf, terdapat istilah iblis dan syaitan.

Dari wikipedia, http://ms.wikipedia.org/wiki/Syaitan kita dapati

Syaitan di dalam bahasa arab, bermaksud 'Penuduh(The Accuser), Speculator(Pembuat Andaian/Spekulasi)

Jadi kita telah mengetahui, sekiranya benar pendapat saya, iblis bermaksud putus asa. Sesuatu yang memang tidak harus ada pada kita kerana dikhuatiri kita akan menjadi pengkhianat atau syaitan. Penghianat dan Penuduh atau pembuat andaian, seperti dalam wikipedia di atas, memang tidak jauh lari maknanya.

Dalam perkara ini, apabila kita berhubung orang yang kafir atau berkawan dengan orang yang tidak percaya dengan pendirian kita terutamanya dari sudut agama, kita boleh ambil perhatian bahawa musuh yang tidak khianat adalah lebih baik dari musuh yang khianat. Kedua Iblis dan Syaitan itu tidak baik tetapi kita tahu bahawa Iblis lebih baik dari syaitan.

Kita kena berusaha memahami makna iblis san syaitan dan memahami bahawa rakan yang putus asa itu lebih baik dari rakan yang khianat kerana dalam kehidupan kita akan mungkin rakan-rakan kita yang khianat, terutama apabila kita membuat pendapat untuk masa hadapan yang lebih baik atau masa hadapan yang mungkin gawat yang tersangat.


--Dzulfariz Azman

4 comments:

Video

Loading...