Thursday, September 19, 2013

Sekarang zaman ekonomi rancak untuk 7 tahun.


Darihal Saya : Dzulfariz Azman

"Cuma 2 kali sahaja lagi yang boleh keluar dalam tahun ni. Tahun depan sudah masuk jadual basic saving yang baru” kata seorang rakan 

Kalau saya kira secara purata pelanggan yang  dapat keluar RM10,000, orang yang sama akan boleh keluar RM3,000 sahaja selepas tahun hadapan.

Kenapa EPF keluarkan satu jadual basic saving yang baru?

Saya tidak dapat jawab soalan itu. Mungkin ada banyak sebab dan saya tidak tahu sebab yang mana yang membuatkan kerajaan menukarkan ke jadual Basic Savings mulai 2014. Akan tetapi, salah satu sebabnya mungkin

“untuk musim ekonomi yang rancak selama 7 tahun ini, konsultan unit trust akan mendapat income yang terlalu banyak. Saya katakan antara RM4000 – RM5000 itu terlalu sedikit. Untuk itu dikurangkan sedikit pendapatannya dengan cara dikurangkan keupayaan untuk orang melabur melalui duit simpanan EPF mereka.”

Inilah musim yang rancak itu. Saya menjangkakan lebih ramai, dan jauh lebih ramai manusia yang setakat ini melihat sahaja akan masuk melabur.

Ingatlah, masa yang patut mereka melabur, mereka duduk tengok sahaja (takut rugi) tetapi apabila pasaran naik mereka tidak dapat menahan diri daripada melabur. Apabila pasaran naik potensi keuntungan mereka adalah rendah.

Saya mengatakan ini kerana saya telah lihat tahun 1993 apabila pasaran hangat. Pasaran hangat sehingga pejual sayur dan penjual ikan pun ada di pasaran saham. Saya sendiri berada di pasaran saham dan melihat pada waktu tersebut. Waktu itu belum ada internet  macam sekarang, jadi semua datang ke galeri awam di syarikat-syarikat ahli BSKL.

Kali ini, ia akan berlaku untuk konsultan unit trust. Konsultan unit trust yang akan memdapat banyak pendapatan daripada perundingan unit amanah. Kalau dulu, remisier adalah orang duduk di atas apabila dikaji dari  orang yang paling banyak membayar cukai pendapatan.

Apabila gawat nanti, seperti remisier yang ada sekarang kebanyakkannya telah bertukar kerjaya. Ada yang jual nasi lemak, jual satay, dari broker tanah,, jadi guru dan perbagai lagi. Kalau dulu orang berkata “Aku pun nak kaya jugak” selepas gawat ia berkata “Aku rugi 10 tahun punya simpanan. Habis lenyap”. Dan ada ramai juga yang masih menjadi remisier seperti saya.

Ingatlah waktu gawat itu memang susah. Susah bagi konsultan untuk menjual unit trust sebab waktu itu, dari tahun ke setahun jumlah nilai pelaburan akan menurun. Sekiranya anda mengatakan kita mempunyai pengurus dana yang hebat, anda mungkin tidak mempercayai fakta ini. Klik sini.

Konsultan unit amanah perlu tahu bahawa

“tidak ada income bagi mereka dalam 7 tahun selepas zaman ekonomi rancak ini iaitu gawat”

Secara senang cerita, itulah dia. Menyimpanlah untuk 7 tahun yang akan datang.

Sekiranya anda berminat jadi perunding unit amanah atau konsultan unit trust, saya tabik kepada anda kerana bakal memjadi usahan yang berpendapatan besar dan kerana berani untuk menghadapi masa gawat nanti.

Bakal-bakal konsultan sekalian, bolehlah berhubung dengan saya di dfariz@pakarsaham.com

4 comments:

  1. info bagus....
    baca dan follow blog ni...

    ReplyDelete
  2. an afternoon visit, thanks for your visit..

    ReplyDelete
  3. Alex Marz Online
    Klo saya Boleh kasih saran Blog ini di pasang redmore .. agar pengunjung mencari info ke bawah agak Gampang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saranan sangat bagus.

      Saya telah belajar tentang read more dan telahpun membuat sedikit kemaskini teersebut untuk beberapa post yang terakhir.

      Delete

Video

Loading...