Tuesday, October 22, 2013

SUMATEC OR


SUMATEC OR.

Ramai juga yang tidak tahu mengenai Right Issue, Call Warrant, Ordinary Rights dan Rights yang lain. Di sini saya berikan sedikit tip untuk saham yang berakhir dengan OR. Ianya memang jarang berlaku dan kali ini kita lihat satu saham OR yang baru pada masa menulis ini iaitu SUMATEC OR.

Saya bukan yang pakar dalam bidang ini, jadi carilah pakar-pakar yang lain yang lebih berkelayakan. Saya berikan contoh yang mudah untuk kita memahami.

Rights issue atau mungkin dipanggil ‘terbitan hak’ adalah terbitan saham yang biasanya diberi kepada ahli saham dengan bayaran sekian-sekian. Begitu juga warrant memberikan pemegangnya menukarkan ke saham dengan sekian-sekian bayaran. Ini adalah jenis rights dan right jenis ini boleh dibeli dan dijual di pasaran saham sekiranya disenaraikan.

Jadi tiga jenis maklumat yang utama
1)      Harga right itu dijual dan dibeli di pasaran katakan 0.09 seunit
2)      Harga untuk kita bayar sekiranya kita nak exercise hak kita misalnya 0.175
3)      Waktu yang kita boleh exercise. Sehingga November 2013.

Ada beberapa maklumat yang lain yang juga penting tetapi saya tidak menceritakan di sini.

Harga yang dijual-beli adalah harga di pasaran saham. Sekiranya anda hendak jual anda boleh jual di sini, sekiranya anda tidak mahu exercise. Sekiranya anda hendak ‘hak untuk membeli’ itu, anda boleh belinya di sini. Anda boleh beli di sini dan kemudian harga naik dengan banyaknya dan terus menjualnya tanpa perlu exercise di sini. Untuk SUMATEC OR harganya RM0.09 pada waktu saya menulis ini.

Harga yang kita kena bayar sekiranya kita ingin exercise adalah harga untuk kita yang ditetapkan iaitu sebanyak RM0.175 bagi 1 saham SUMATEC dan ¼ saham warrant yang baru. Ini adalah harga yang tetap. Jadi sekiranya dikira harga beli di pasaran saham ditambah 0.175 menjadi harga kos untuk 1 saham Sumatec ditambah ¼ Warrant yang baru. Harga ini perlu dibuat melalui “Bank Draft” kepada registrar saham sumatec dengan cara prosesan yang mudah. Harga saham SUMATEC adalah 0.295 pada waktu menulis ini. Jadi kita keluarkan jumlah RM0.265 kita dapat saham SUMATEC dengan harga 0.295 ditambah dengan ¼ saham warrant yang baru.

Yang ketiga ialah waktu untuk exercise. Waktu untuk exercise bagi ‘Ordinary Rights’ atau OR ni tersangatlah singkat. Dari sekarang hingga ke 6 November 2013. Pembelian dan penjualan di Pasaran saham akan berakhir pada 29 Oktober. Jadi jangkamasa lebih krang 2 atau 3 minggu.

Jadi jika kita keluarkan RM0.09 (Harga tutup hari ini. Ia berubah dari sama ke semasa) sen dan kemudian RM0.17 kita akan dapat saham SUMATEC dengan harga RM0.295 (harga berubah dari masa ke semasa) dengan ¼ warrant yang baru. Harga warrant sekarang (Harga warrant yang baru adalah berbeza) ialah RM0.18.

Jarang juga berlaku ada jurang yang begitu banyak. Ini mungkin disebabkan beberapa perkara seperti

1)      Kita jarang-jarang ada OR. Market tidak tahu bertindak balas.
2)      SUMATEC mempunyai asset (NTA) yang negatif.

SUMATEC memang ada asset yang negatif. Atas sebab itu ia perlukan restructuring. Dan restructingnya melibatkan beberapa project dan syarikat. Atas sebab itu juga SUMATEC buat RIGHTS ISSUE. Hasil dari Right Issue itu membolehkan ia membuat capital reduction dan menjadikan kerugian mereka sebelum ini dapat di kosongkan. Ini penting untuk membolehkan syarikat membayar dividen selepas ini. Sekiranya ia tidak dikosongkan, undang-undang tidak membenarkan pemberian dividen. Pemberian dividen penting untuk pelabur.

Unit trust konsultan dan bakal-bakal konsultan bolehlah mengambil info kerana pelaburan tidak semestinya di unit trust tetapi ada kalanya untuk jangkamasa pendek

**Penulis bukan orang yang layak memberi nasihat dalam pasaran saham sila dapatkan rujukan dari orang yang mahir dalam bidang saham. Pelaburan di pasaran saham adalah berisiko.

1 comment:

Video

Loading...