Thursday, October 17, 2013

Takbir Hari Raya.


Takbir Hari Raya

Konsultan unit trust dan bakal-bakal konsultan sekalian,

Anda mungkin merasa sedih di hati ini apabila hari ini, 13 Zulhijjah, penghujung bagi kita melakukan takbir raya yang mengiringi sembahyang. Hari raya adalah hari mengucapkan syukur atas kemenangan kita maka saya juga katakan takbir raya itu sebagai takbir kemenangan.

Dua hari raya adalah hari kemenangan untuk umat Islam dan bukan setakat hari raya. Inilah hari untuk kita bersyukur kepada yang Esa. Jika kita kaji maksud takbir, kita akan mendapat tahu bahawa janji Allah itu benar, walaupun ia tidak digemari oleh orang-orang kafir tetapi Allah menolong hamba-hambaNya dan Allah memberi kekuatan kepada tenteranya.

Mari kita lihat maksud takbir

  • Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar!
  • Allah Maha Besar dengan penuh kebesaran,
  • Segala pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya
  • Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang,

  • Tiada tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan tidak kami sembah melainkan kepada-Nya
  • Memperikhlaskan buat-Nya agama ini walaupun dibenci orang-orang kafir.

  • Tiada tuhan (yang disembah) melainkan Allah yang tunggal
  • Benar janji-Nya
  • dan Ia menolong hamba-Nya
  • dan Ia memberikan kekuatan kepada tentera-Nya
  • dan Ia mengusir (tentera-tentera kuffar) al-Ahzab bersendirian.

  • Tiada tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar
  • Allah Maha Besar dan hanya bagi-Nyalah puji-pujian.

Jika diperhatikan maksud di atas, kita tidak mempunyai kuasa untuk mendapatkan kemenangan dan kemenangan itu adalah dariNya semata. Walaupun begitu, tetap juga kita lakukan dan kemenangan itu tetap juga diberikan pada kita dengan pertolongan dariNya.

Buat sesuatu perkara perlu berilmu dengan sesuatu. Misalnya Nabi Musa, diberi mukjizat dengan tongkatnya yang boleh menjadi ular dan beberapa mukjizat lain kemudian ia disuruh untuk menghadapi Firaun. Kemudian dia berdoa “Rabbish rahli sadri wa yas-sir li amri wahloul uqdatam mil-lisaani yafqahu qawli” dan diminta supaya saudaranya, Nabi Harun untuk bersama beliau. Permintaan tersebut telah ditunaikan.

Nabi Musa telah menjadi macam “gagap” apabila firaun memberi satu pilihan semasa dia kecil lagi. Iaitu samada buah kurma atau bara api. Ia memilih pada asalnya buat kurma tetapi telah ditepis tangannya oleh malaikat lalu diambil bara api untuk masukkan kedalam mulutnya. Akibat dari itu Nabi Musa meraung kesakitan dan dari situ lidahnya melecur teruk dan tidak dapat menjelaskan perkataannya.

Jika dilihat surah Az-Zukhruf ayat 52

Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)?
            (Az-Zukhruf 43:52)

Ayat di atas menjelaskan pada kita tentang sifat Nabi Musa yang tidak fasih menerangkan perkataannya.

Jadi apa yang dilakukan oleh Nabi Musa apabila dia disuruh menghadap Firaun? Ia adalah :

1)      Berdoa seperti yang saya tulis di atas
2)      Berdoa untuk dia bersama-sama dengan saudaranya Nabi Harun untuk menghadap Firaun.

Ini dapat diketahui melalui ayat surah Toha

dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,
            (Taha 20:29)

(yaitu) Harun, saudaraku,
(Taha 20:30)

teguhkanlah dengan dia kekuatanku,
(Taha 20:31)

dan jadikankanlah dia sekutu dalam urusanku,
(Taha 20:32)

supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau,
(Taha 20:33)

dan banyak mengingat Engkau.
(Taha 20:34)

Dengan ilmu dan kepandaian Nabi Musa, dia tetap merasa perlu untuk bersama-sama Nabi Harun untuk melaksanakan tugasnya. Permintaan ini telah dikabulkan dan akhirnya Nabi Musa telah mencapai kemenangan.

Konsultan dan bakal konsultan unit trust sekalian. Menceritakan berkenaan gawat yang amat-amat dahsyat, mengikut “dua sub kitaran hayat ekonomi” seperti di dalam surah Yusuf, Alkahfi, Al-waqiah dan lainnya itu bukanlah senang tetapi anda tetap buat dan tetap tiap-tiap sesuatu yang dibuat itu mempunyai ganjarannya.

Untuk menang atau berjaya itu kena disertai dengan ilmu. Contohnya silatlah yang mengajar saya ilmu pergerakan. Silat itu gerak. Dengan silat juga yang membantu sehingga saya boleh memikirkan tentang “dua sub kitaran hayat ekonomi”. Dengan ilmu itu kita bertawakkal  dan kita berharap, antaranya seperti ayat berikut.

  • Tiada tuhan (yang disembah) melainkan Allah yang tunggal
  • Benar janji-Nya
  • dan Ia menolong hamba-Nya
  • dan Ia memberikan kekuatan kepada tentera-Nya
  • dan Ia mengusir (tentera-tentera kuffar) al-Ahzab bersendirian.
(sebahgian dari maksud takbir hari raya)

Sekian dahulu untuk kali ini. 



No comments:

Post a Comment

Video

Loading...