Thursday, November 14, 2013

Budaya menyambut tetamu yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim.

Kisah-kisah adab menyambut tetamu

Kita perhatikan ayat Al-Quran yang bermaksud.

Malaikat-malaikat itu berkata: "Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya".

Saya suka berfikir  tentang sifat yang dinyatakan di sini. Iaitu “Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini”..Rezeki Allah telah banyak diberikan kepada ahli rumah ini. Siapa dia “ahli rumah ini”? Kita tahu ia ditujukan kepada Nabi Ibrahim tapi Nabi Ibrahim seorangkah? Nabi Ibrahim sebelum ini tinggal bersama anak saudara beliau Nabi Lut. Selepas berkahwin dengan Siti Sarah, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar yang melahirkan Nabi Ismail. Setelah Siti Sarah meninggal dunia Nabi Ibrahim berkahwin dengan Keturah seperti yang diceritakan dalam Bible.

Kita akan lihat kisah Nabi Ibrahim, Nabi Lut , Nabi Ismail, dan Keturah seperti di bawah.

Nabi Ibrahim

Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)". Nabi Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu". Maka tidak berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka: seekor anak lembu yang dipanggang.

Beberapa pengajaran tetang adab melayan tetamu yang dijadikan budaya oleh Nabi Ibrahim diceritakan dilam ayat ini. Yang Pertama kita tidak boleh memilih tetamu tetapi melayan sahaja tetamu walaupun tetamu yang tidak dikenali seperti utusan-utusan atau malaikat-malaikat Allah.

Yang kedua hendahlah dimulakan dengan memberi salam. Memberi salam itu sebagai pembuka kata. Kita membuka kata dengan memberikan salah satu nama Asmaul Husna yang pastinya lebih baik. Itu yang disampaikan oleh pada malaikat yang berkunjung ke rumahnya.

Yang ketiganya ,salam hendaklah dijawab. Hukum menjawab salam itu wajib dan memberi salam itu sunat.

Yang keempat menjemput masuk kedalam rumah seperti yang dikatakan “ia membawa jamuan untuk mereka “ itu pastinya di dalam rumah.

Yang kelima hendaklah menghidangkan mengikut kemampuan kita. Sepertimana Nabi Ibrahim kemudiannya menghidangkan anak lembu yang dipanggang. Sebelumnya Nabi Ibrahim bertanya kepada orang rumahnya apa yang ada untuk dimakan oleh tetamunya, Nabi Ibrahim berfikir ini tidak cukup untuk para tetamunya maka menyuruh pekeranya untuk menyembelih seekor anak lembu yang gemuk.

Yang keenam hendaklah menjamu dalam kadar segera. Ini berdasarkan kisah Nabi Ibrahim yang memberi jamuan yang tidak lama selepas itu.

Yang ketujuh hendaklah memberi jamuan yang boleh dimakan terus dan bukan daging lembu yang masih mentah tetapi yang telah dipangang.

Allah berfirman lagi yang bermaksud

Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, ia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka berkata: "Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka)".

Apabila dilihat para tetamunya tidak menyentuh hadangan, Nabi Ibrahim mendekatkan hidangan itu kepada tetamunya supaya tetamunya mudah untuk menjamu makanan yang dihidangkan. Adap melayan tetamu yang kelapan hendaklah mendekatkan hidangan atau memudahkan tetamu supaya menjamu hidangan.

Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub.

Yang kesembilan ialah apa yang dilakukan oleh para malaikat yang meredakan keadaan sehingga tuan rumah boleh tertawa sebelum disampaikan maksud sebenar kedatangannya iaitu menyampaikan berita gembira bahawa Nabi Ibrahim akan menerima anak.

Allah berfirman lagi yang bermaksud.

(Malaikat-malaikat itu berkata): "Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka), dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan)".

Malaikat itu kemudiannya menceritakan hal buruk yang hendak dibawanya iaitu “Nabi Lut ,anak saudara Nabi Ibrahim, akan menerima azab dari Tuhan ke atas kaumnya”. Jadi yang kesepuluh hendaklah disampaikan berita yang gembira, seperti dapat anak, sebelum berita yang buruk.

Nabi Lut

Nabi Lut apabila dikunjungi malaikat terus membawa tetamunya ke rumahnya sama seperti Nabi Ibrahim.. Nabi Lut mengetahui akan hajat kaumnya terhadap tetamunya , iaitu berbuat jahat kepada tetamunya, tetapi Nabi Lut terus melindungi tetamunya dengan memperlawa masuk. Jadi yang kesebelas melindungi tetamu seperti diri sendiri.

Allah berfirman yang bermaksud.

Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"

Memberi jaminan bahawa tiada yang akan merosakkan hubungan tetamu seperti di sini Nabi Lut berkata “janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamuku”. Jadi yang keduabelas memberi jaminan yang besesuaian bahawa tiada ada-apa merbahayakan akan berlaku keatas tetamunya.

Nabi Ismail

Dalam cerita Nabi Ibrahim yang melawat anaknya Nabi Ismail didapati isteri Nabi Ismail kurang melayan tetamu dan tidak memberi hidangan kepada tetamunya. Isterinya berkata hidup di sini amat susah dan tidak ada apa-apa untuk diberi makanan. Nabi Ibrahim yang tidak dapat berjumpa dengan Nabi Ismail, terus balik dan memberi pesanan agar jening pintu hadapan rumahnya itu ditukar secepat mungkin.

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya menyampaikan pesan bahawa jening pintunya hadapannya patut diganti secepat mungkin. Nabi Ismail yang faham maksud Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya bahawa yang datang itu adalah bapanya dan menyuruhnya menceraikan isterinya secepat mungkin. Isterinya pun diceraikan dan dihantar pulang.

Nabi Ismail pula berkahwin dengan perempuan lain dan Nabi Ibrahim datang melawatnya sekali lagi. Nabi Ibrahim tidak juga dapat berjumpa dengan Nabi Ismail. Nabi Ibrahim berjumpa dengan isteri Nabi Ismail. Kata isterinya, “Kelengkapan dirumah telah cukup dan dia tidak tahu apa yang dicari. Nabi Ismail terlalu terburu-buru untuk keluar walaupun semua keperluan telah cukup”. Semasa meninggalkan rumah Nabi Ismail, Nabi Ibrahim kemudiannya berpesan agar jening pintu rumahnya dikekalkan kerana masih kuat.

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya menceritakan pasal tetamunya yang berpesan agar jening hadapan tidak perlu ditukar kerana jening rumahnya masih kuat. Nabi ismail berkata “itulah bapaku yang berpesan agar jangan diceraikan isteri mu”.

Kita bersama-sama dengan  isteri dan anak hendaklah menjadikan adap melayan tetamu itu sebagai budaya dalam rumah kita dan kemudiannya ke luar rumah. Dan satu lagi isteri itu merupakan tanah tempat kita bercucuk tanam. Dalam fahaman ekonomi, isteri itu tempat untuk kita mencari rezeki. Jadi yang ketiga belas, jadikan adap melayan tetamu itu satu budaya dan percaya bahawa Allah akan memberi yang lebih baik dari apa yang kita belanjakan untuk melayan tetamu.

Keturah

Tidak terdapat di dalam Al-Quran tetapi nyatakan dalam kitab perjanjian baru atau bible bahawa Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim .Ini diambil dari Bible

25:1 Abraham menikah lagi dengan seorang wanita yang bernama Ketura.

            25:2 Istrinya itu melahirkan anak-anak yang bernama: Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isybak, dan Suah.

Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan Allah 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

            25:6 semasa hidupnya ia memberikan banyak hadiah kepada anak-anak yang diperolehnya dari istri-istrinya yang lain. Kemudian disuruhnya anak-anak itu pindah ke daerah di sebelah timur Kanaan, supaya menjauhi Ishak anaknya.

Sebelah Timur Kannan berarti Asia Tenggara jadi disuruh anak-anaknya berpindah ke Asia Tenggara. Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan Mala (nama bangsa asas Keturah iaitu Mala/Mon).Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.

Melayu itu ialah bangsa pedagang atas sebab ilmu kesopanan dan adab melayan tetamu menjadikan orang melayu begitu maju dalam berdagang. Bukankah ini kesan dari pengajaran dari rumah Nabi Ibrahim.

Melayu mempunyai ilmu pelayaran yang tinggi. Ini diceritakan dalam Bible bahawa Nabi Ibrahim telah menyuruh mereka belayar ke sebalah timur Kanaan. Ilmu pelayaran ini mungkin diambil dari peristiwa banjir besar dan tsunami pada zaman nabi Nuh.

Sejarah itu amat penting jika tidak,mengapa bangsa-bangsa lain bermati-matian menulis,mengedit malah sanggup mencuri sejarah warisan orang lain untuk membangkitkan estim diri (self-esteem)?Raja-raja mereka tidak sampai hati membiarkan anak cucu mereka berasa rendah diri di kemudian hari di hadapan bangsa-bangsa lain maka INILAH CARANYA UNTUK MEMBANGKITKAN 'PRIDE' DAN 'NATIONALISM' pada semangat anak bangsa mereka pada masa hadapan

Berbalik kepada Nabi Ibrahim, mengapakah rahmat Allah dan berkatnya telah melimpah-limpah ke atas Nabi Ibrahim ini. Mungkin yang ke empat belas ialah menjadikan adap melayan tetamu sebagai routin harian dan berpindah ke cucu-cicit sehingga dia boleh menjadi pedagang. Mungkinkah apa yang diajarkan mengenai budaya menyambut tetamu itu memang sesuai dengan melahirkan keberkatan dari Allah. Sesuai dengan hadis ini

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat.”

Nabi Ibrahim adalah seorang yang kaya dan dikatakan mempunya dua belas ribu ekor anjing untuk menjaga ternakannya. Begitulah kayanya Nabi Ibrahim tetapi tetap melayan tetamunya dengan baik.

Bersesuaian juga dengan cerita pada zaman Nabi Sulaiman, seorang yang amat-amat kaya mempunyai kerajaan yang amat besar yang ditegur Allah kerana melayan tetamu dengan tidak sepenuh hati. Ceritanya seperti berikut

Pada suatu hari Nabi Sulaiman AS telah dikunjungi oleh seorang tetamu. Dia adalah seorang yang kafir. Baginda pada waktu itu berfikir bahawa tidak perlu tetamu itu dimuliakan dan dihargai sepertimana tetamu dari kalangan pengikutnya kerana dia adalah seorang yang kafir. Lantas baginda hanya menghidangkan tetamunya dengan minuman dan bercakap dengan seadanya.

Sekembalinya tetamu itu, baginda telah didatangi malaikat Jibril A.S menyampaikan teguran Allah: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau melayan tetamu seperti itu ?

Jawab nabi Sulaiman:”Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?”

Jibril bertanya:”Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?”

“Allah!” Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin.

Jibril : “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?”

Nabi Sulaiman : “Allah!”

Jibril :”Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?”

Nabi Sulaiman :”Allah!”

Jibril :”Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?”

Nabi Sulaiman :”Allah!”

Jibril : “Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?” Nabi Sulaiman A.S terdiam dan terus bersujud”.

Nabi Sulaiman : “Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini.”

Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah:”Wahai nabi Allah, pergilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya.”.

Dengan segera Nabi Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota. Nabi Sulaiman A.S dengan pantas mengejar tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih termengah-mengah, baginda berkata: “Saudara, tunggu…!”

Tetamu tadi menoleh dan melihat keadaan Nabi Sulaiman dengan kehairanan lalu bertanya: “Kenapa?”

“Saudara… sudikah kamu memaafkan tingkah laku saya tadi, ketika mana kamu menjadi tetamu di rumah saya tadi?”

Orang itu diam. Jauh di sudut hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan termasuk di dalam golongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh baginda.

Tetapi dia terus juga bertanya: “Kenapa, wahai Sulaiman?”

“Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku.”

“Allah? Siapakah dia?” Tetamu itu bertanya.

“Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.”

“Lalu, kenapa Dia menegurmu?” Tetamu itu terus bertanya.

“Allah menegurku, kerana aku sudah tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak memuliakanmu sebagai tetamu. Allah yang Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaan-Nya, mengapa aku berlaku tidak adil terhadapmu?” Nabi Sulaiman menerangkan keadaan sebenar.

“Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?” Tetamu itu bertanya penuh taajub.

“Iya…! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah tergantung dengan kemaafanmu” Nabi Sulaiman meminta.

“Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!” ucap si tetamu.

Orang itu memeluk nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.

Sebenarnya bila Allah memerintahkan kita berbuat sesuatu ataupun meninggalkan sesuatu pasti akan ada hikmahnya yang besar di sebaliknya. Lihatlah, dengan hanya memuliakan tetamu bisa membuatkan hati seorang kafir menjadi lembut dan menerima Islam.

Budaya menyambut tetamu ini akan menjalin hubungan yang rapat. Hubungan yang rapat ini adalah satu asset yang penting terutama bila membuat urusan jual beli. Dengan menjalin hubungan adalah satu cara kita ingin maju dalam perniagaan kita. Dalam islam budaya menyambut tetamu ini kita lakukan dengan tidak mengira sesiapa tetamu kita, kita layan dengan baik. Ini bersesuaian dengan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut yang tidak kira siapa tetamu. Kita menjadikan budaya menyambut tetamu kita untuk tiga hari dan selebihnya adalah sedekah.


1 comment:

  1. I create a leave a response when I especially enjoy a post on a website or if I have something to add to the discussion.
    It's a result of the fire communicated in the article I
    looked at. And on this article "Budaya menyambut tetamu yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim.".
    I was actually moved enough to leave a thought :-) I do have 2
    questions for you if you usually do not mind.
    Could it be just me or do some of these remarks
    look as if they are left by brain dead visitors?
    :-P And, if you are posting at other online social sites, I'd like
    to keep up with you. Could you list the complete urls of your
    social pages like your linkedin profile, Facebook page or
    twitter feed?

    Feel free to visit my web blog Ovarian Cyst Miracle Scam (https://www.rebelmouse.com/Ovarian_Cyst_Miracle_Review)

    ReplyDelete

Video

Loading...