Thursday, September 17, 2015

Fibonacci - Mungkinkah saham bertambah baik untuk '2nd liner' dan 'small caps'

17 Sepember 2015.

Saya pernah sarankan ketika pasaran turun dengan banyak sekali, kita patut gunakan gelobang fibonacci untuk mencari di mana a akan naik semula selepas kejatuhan.


Setakat hari ini, Gelombang Fibonacci seperti di atas. Garis 62% dan 50% adalah jangkaan kenaikkan paras kali pertama dan kali kedua. Kita dapati ia telah melepasi garis 50%. Ini pula telah memberikan gap dari 1656 hingga 1669. Seperti anggapan saya, untuk indeks, dan hanya untuk indeks, semua gap hendaklah ditutup dalam 1 1/2 tahun.

Untuk itu saya menjangkakan untuk jangka pendek, indeks akan turun berhampiran dengan garis fibonacci 50% iaitu 1642 ataupun menutupi gap pada 1656.

Ingat juga, kita masih ada gap pada 1722 -1723 yang masih belum ditutup yang mana saya difikirkan bahawa pasaran akan naik ke aras situ.

Ini hanya untuk indeks dan ingat indeks kita dari kaunter 'blue chip'. Saya masih berpendapat '2nd liner' adalah kelompok ke dua yang akan naik dan small caps akan jadi yang terakhir. Saya cadangkan anda lihat semula saham-saham 'blue chip' anda.














  

No comments:

Post a Comment

Video

Loading...