Tuesday, September 8, 2015

Kegawatan bermula.

Sebelum saya meneruskan, ingin saya menerangkan bahawa ini bukan satu nasihat cuma satu pendapat peribadi saya. Ianya mungkin berat kepada sistem kegawatan yang difikirkan bakal berlaku ataupun sudah berlaku di Malaysia. Untuk nasihat membeli atau menjual saham, saya cadangkan laman yang lain yang lebih sesuai  untuk itu.

Pertama, hendak saya takrifkan, kemelesatan yang saya lihat dari pasaran saham adalah apabila indeks jatuh dengan banyaknya (kalau boleh dibuat dalam nilai harga emas) dan diikuti oleh penurunan permintaan bagi barang-barang mewah seperti kererta mewah. Ianya boleh diterima oleh masyarakat dengan warasnya. Bagi saya kemelesatan ekonomi mungkin berlaku sewaktu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan ekonomi yang positif atau tidak.

Kegawatan pula adalah kemelesatan ekonomi yang lebih teruk di mana masyarakat sesebuah ekonomi akan hilang kewarasan berfikir tentang ekonomi atas sebab kemelesatan tadi. Ini juga disebut "panic".Kemelesatan dan kegawatan ini, selepas ini dipanggil 'sistem kegawatan' akan menyambil masa tujuh tahun seperti yang ditulis melalui perumpamaan musim kemarau yang amat buruk selama tujuh tahun semasa zaman Nabi Yusuf. Sistem kegawatan adalah zaman di mana manusia telah lupa dia kena menyimpan untuk tujuh tahun yang akan datang dalam bentuk seolah-oleh gandum yang masih ditangkainya.

Sistem kegawatan yang mengambil masa tujuh tahun itu tidak semestinya pasaran terus jatuh selama tujuh tahun tetapi mungkin ada kenaikkan sebanyak dua kali sebelum ia terus jatuh. Bermakna ada tiga kali kegawatan diselangi oleh dua kenaikkan dalam masa tujuh tahun.

Kemelesetan pada pasaran modal sudah bermula pada pertengahan tahun lepas iaitu tahun 2014 apabila indeks FBMKLCI berada di paras tertinggi 189X pada julai 2014 hingga tarikh saya menulis artikel ini.


Indeks FBMKLCI

Kemelesetan ini sama seperti tahun 1994 apabila berlaku kemelesetan pasaran modal dan berlaku kegawatan pada 1997 dalam sistem kegawatan tahun 1994 - 2001.


FBMKLCI tahun 1994 - tahun 1999

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar pada tahun 1994 adalah 9.2% dan dalam pada tahun 2014 KDNK sebenarnya ialah 6%. Takut saya silap, lihat http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/9596/bab4.pdf. dan http://www.bnm.gov.my/files/publication/qb/2014/Q4/bm_p3.pdf.

Jadi kedua-dua permulaan sistem kegawatan ini, tahun 2014 dan tahun 1994 adalah positif dari sudut KDNKnya.

Jadi saya cadangkan anda ubah pemikiran anda sekiranya anda masih mempercayai bahawa pasaran modal masih positif. Saya percaya ianya akan positif untuk sementara sahaja sebelum ia turun semula. Ini cuma pendapat.

Pengurangan permintaan untuk barang Mewah seperti kereta mewah telah berlaku di Malaysia apabila Kumpulan Naza, pengeluar kereta Peugeot dan KIA di Malaysia, terpaksa menghentikan 255 para pekerjanya akibat kemerosotan jualan. Ini tidak hanya berlaku kepada Kumpulan Naza sahaja tetapi syarikat-syarikat kenderaan yang lain. Lihat http://www.treasury.gov.my/pdf/akhbar/2015/28ogos_kosmo3.pdf


Dari jualan kenderaan dari Malaysia, Indonesia dan Thailand juga merosot dari tahun 1995 ke 1997. 

Jualan kereta bagi Indonesia, Thailand dan Malaysia

Ramai yang akan menyalah kerajaan sekiranya berlaku kegawatan tetapi ia adalah kesilapan semua orang dalam ekonomi yang sama. Ia adalah silap kita, yang terlalu boros sehingga tiada simpanan yang dibuat. Ia telah diketahui bahawa sistem kegawatan akan berlaku setiap 49 tahun (tahun Yobel atau tahun Jubli) atau separuh dari itu iaitu 21 hingga 27 tahun. Ini dinyatakan dalam buku saya "Dua Sub Kitaran Hayat Ekonomi -Satu Kaedah Baru Dalam Memahami Pasaran Saham".

Waktu gawat nanti, bank akan susah untuk bagi pinjaman kerana susah hendak mencari orang yang berkemampuan untuk membayar balik pinjaman, ramai orang mencari pekerjaan sedangkan majikan hendak buang pekerja, ramai orang akan membuka restoran tetapi ramai orang suka masak sendiri di rumah. Harga barang biasanya naik tetapi orang pun tidak hendak membeli. Orang yang masih bekerja akan beruntung dan berusaha untuk tidak dibuang kerja oleh sebab itu kerja akan jadi lebih teruk dan gaji akan berkurangan.Orang yang mempunyai hartanah terpaksa menjualnya dengan harga murah untuk mengurangkan tanggungan. Rumah yang anda sewakan itu sukar untuk mendapat penyewa yang tidak liat untuk membayar. Kereta mewah di kedai kereta terpakai akan dijual dengan murah, dan digantikan oleh proton saga dan kancil yang lebih senang dijual. Ramai yang pergi bekerja menaiki motosikal tetapi mereka lupa yang percuri motosikal semakin berluasa di waktu itu. Ini adalah untuk anda bersedia menghadapi tempoh kegawatan nanti.

Sekiranya anda masih mempunyai duit di tangan, jangan simpan ia dalam bertuk wang ringgit tetapi simpanlah dalam bertuk emas sebagaimana disuruh simpan oleh Nabi Yusuf dalam keadaan gandum masih di tangkainya. Anda tidak perlu cari agen yang jual emas, pergi ke Maybank atau Public Bank untuk memudahkan kerja.


Sekian dahulu. 
Artikel ini asalnya untuk ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia cawangan Johor Darul Takzim, dan dimuatkan di sini untuk pengetahuan umum.

--Dzulfariz Azman





No comments:

Post a Comment

Video

Loading...