Tuesday, January 26, 2016

Belilah emas, sebab yang lain kebanyakkannya turun harga.


Sekarang ini masa beli "Emas". Tak paah beli saham dalam negara, tak payah ASB, tak payah beli dari perunding amanah saham macam saya, tak payah labur kat Bursa Saham kecuali jangka pendek. Itu pendapat saya sebagai remisier dan juga unit trust consultant. Pelik? Tapi benar.

Musim gawat duit kita ekan menjunam jatuh. Harga emas akan naik bukan sebab apa, sebab duit kita turun. Nak tahu harga emas naik lagi kita lihat duit kita turun lagi tak.

Saya sudah aktif dalam saham sejak 1992 dan jadi remisier dalam tahun 1996, sudah banyak fasa pelaburan yang sudah saya lalui, dari fasa rancak, fasa gawat dan fasa waspada. Dari tahun 1994 -2001 itulah fasa gawat. Ramai yang ingat 1997/1998 itu gawat, tapi ia bermula dari tahun 1994 dilihat dari pasaran saham.

Tahun 2014, lagi satu fasa gawat gawat telah bermula saya saya jangka tahun 2017/2018 akan jadi gawat macam tahun 1998. Dari surah Yusuf, saya jangka ia akan berlaku selama 7 tahun dengan beberapa kenaikan kecil.

Emas, mempunyai kenaikan pada paras biasa semasa fasa waspada dan fasa rancak tetapi mempunyai kenaikan yang tersangat tinggi pada fasa gawat. Saham pula sebaliknya. Lembaga Tabung Haji hari ini ada kemunkinan menghadapi masaalah di mana pada akhir September 2015, nilai assets hanya cukup untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap ringgit nilai liabiliti. Kemungkinan ia memerlukan bantuan kerajaan, dengan berhadapan dengan risiko pengeluaran secara besar-besaran di mana 75% keseluruhan deposit cuma dipegang oleh 5 peratus. Apa akan jadi sekiranya 5% ini berhasrat untuk keluar dari jadi pendeposit Tabung Haji?

Antara sebabnya, ada kemungkinan risabnya dalam bentuk saham-saham, yang dijangka terus turun. Mengapa?

Sebab fasa ini fasa gawat. Banyak lagi syarikat yang akan masuk ke dalam era kegawatan. Tidak ada pelaburan jangka panjang kecuali emas dan syarikat yang pelanggannya berada di negara yang tidak gawat sahaja yang boleh memberi keuntungan lumayan. Anda boleh labur walau 1 gram emas di sini. 

Pelaburan pasaran saham di Malaysia, dikira dari indeks FBMKLCI telah jatuh sejak tahun 2014. Sama seperti tahun 1994 di mana saham jatuh tetapi keluaran dalam negara kasar berada dalam keadaan yang memberansangkan. Pasaran jatuh tetapi emas tidak jatuh malah ia meningkat dengan banyak. Yang meningkat dengan banyak itu belum lagi terjadi, adakah anda hendak tunggu ia terjadi baru melabur dalam emas.

Saya berikan anda satu teknik untuk melabur dengan baik, harga di bawah harga kedai emas, dari 1 gram (1/2 gram pun boleh), ketulenan 999.9 dan pembelian balik yang didak merugikan. Anda boleh buat duit jual emas. Klik di sini.

Saya akan ulas pasal fasa gawat, fasa waspada dan fasa rancak pada siri yang lain.




No comments:

Post a Comment

Video

Loading...