Friday, January 29, 2016

RSI petunjuk yang penting semasa fasa gawat bagi yang melabur dalam saham.

Assalammualaukum.



RSI adalah petunjuk untuk untuk kekuatan saham untuk sama kini. Semestinya lagi kuat RSI nya, semakin kuat sahamnya, yang lebih penting bagi pelabur yang jangka pendek. Pelabur yang jangka pendek akan menggunakan setidaknya RSI > 50 sebelum masuk melabur. Pelaburan menggunakan jamlah hari dalam RSI yang lebih pendek, bermakna lebih laju pergerakan RSI nya.

RSI biasa menggunakan 14 hari tetapi saya menggunakan RSI 7 hari sahaja. Dan saya letakkan RSI > 50 sebagai tanda, yang mana secara asalnya ia adalah RSI < 30. RSI <  30 itu boleh digunakan untuk jangka panjang, tidak sesuai untuk pelaburan jangka pendek.

Kenapa nak guna jangka pendek? Sistem kegawatan adalah, ikut pendapat saya secara peribadi, adalah kegawatan 7 tahun, mengikut kata nabi Yusuf adalah kemarau yang 7 tahun lamanya. 7 tahun ini adalah dikira kejatuhan dan kenaikan sementara yang mungkin sepanjang setahun dua. Ia bermula dengan kemelesetan dan seterusnya dengan kegawatan atau 'panik'.

Tahun 2014 adalah sama dengan tahun 1994 dahulu. Anda boleh jangkakan untuk 7 tahun selepas tahun 2014. Dalam fasa ini, pelaburan yang menguntungkan adalah pelaburan dalam emas. Ataupun pelaburan jangka pendek kerana pelanburan jangka panjang akan rugi, kebanyakkannya.

Carilah kaunter yang MACD nya buy, untuk 7 hari, dan RSI>50 untuk 7 hari dan ingatlah jangka pendek iaitu dibawah 20 period.

Duit ringgit akan jatuh, dan emas akan naik, sebab duit ringgit jatuh. Saham pun jatuh. Pelaburan saham, biasanya menguntungkan untuk jangka panjang, tetapi kini ia akan jatuh dalam 7 tahun selepas tahun 2014.

Sekarang masa untuk melabur dalam emas. Sekiranya anda tahu ringgit akan jatuh, tentulah ada cara  anda hendah mendapat cara untuk mengambil keuntungan. Dalam siri akan datang saya akan beritahu caranya.

Kalau berminat nak labur dalam emas, anda boleh pergi ke Maybank atau Public Bank dan beli dalam akaun tetapi sekiranya anda hendak beli emas dengan harga lebih murah dari kedai emas dan tidak menanggung rugi besar anda boleh klik http://emas.pakarsaham.com atau http://www.facebook.com/lubukemas1gram




No comments:

Post a Comment

Video

Loading...