Thursday, February 4, 2016

Kegawatan Pelaburan Unit Trust melalui KWSP.



Ini adalah artikel yang mungkin berat sebelah, kerana saya mempercayai kegawatan sudah bermula sejak tahun 2014 lagi bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di China dan beberapa negara yang lain.

Kenapa saya kata tahun 2014? Sebab itulah zaman indeks tertinggi.

"Kalau begitu, lagi bagus sekarang, dah murah." anda mungkin tertanya.

Kita dalam sistem kegawatan, iaitu 7 tahun kemelesetan dan kegawatan dikaji dari kemarau dari surah Yusuf. Juga ayat ayat bible terutama dari ayat imamat. 7 tahun itu bukan semuanya turun, ada setahun dua yang ia akan naik tetapi dalam 7 tahun, ia akan menurun.

Sekarang baru kemelesetan dalam pasaran saham belum masuk kegawatan. Sistem kegawatan itu 7 tahun terdiri dari kejatuhan saham dan kegawatan. Kegawatan nanti pasaran saham akan lebih banyak turun.

Sebelum ini, saya pernah cerita pasal syarikat Naza, sekarang ini syarikat petroleum telah banyak buang pekerja. Hingga taraf bank pun merasai kemelesetannya. Ada yang asset kurang untuk menampung setiap ringgit pendepositnya.

Pelaburan dalam dana yang dibenarkan untuk melabur oleh KWSP, saya rasa pada pendapat saya yang bodoh ini tidak berbaloi kerana majorotinya dilabur di Malaysia. Cuma sedikit sahaja di luar negara, dan banyak juga di negara yang dalam 'sistem kegawatan'. Sekiranya simpanan anda masih berada dalam mana-mana syarikat unit trust (bahasa yang mudah difahami), buatlah keputusan yang terbaik.

Ada masa saya galakkan unit trust (lihat posting bertahun yang lepas). Ada masa saya galakkan pelaburan masa pendek sahaja dan tidak menggalakkan pelaburan jangka panjang. Ada masa saya amat menggalakkan pelaburan emas seperti sekarang ini.

Kalau beli emas, jangan beli di kedai emas, harga dah tinggi. Belilah dengan harga rendah dengan ketulinan yang terjamin. Belilah dengan sekecil 1 gram. Ataupun anda boleh semak http://emas.pakarsaham.com

No comments:

Post a Comment

Video

Loading...