Tuesday, February 23, 2016

Sekarang saya tidak gemar melaburkan wang KWSP ke dalam saham amanah sebab gawat mulai tahun 2014.



Sejak tahun 2014, ekonomi kita yang begitu rancak telah bertukar menjadi keadaan gawat sedikit demi sedikit. Saya sendiri tidak tahu waktu itu, tahun 2014 adalah kemuncaknya saham yang diukur melalui indeks FBMKLCI.

Ya tahun 2014 adalah tahun yang kita kena menyimpan, yang dikatakan oleh nabi Yusuf, saya berpendapat. Ia disebutkan di dalam Al-Quran.

Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
(Yusuf 12:47)

Tetapi, yang disuruh menyimpan itu adalah seperti gamdum yang masih ditangkainya. Seperti sesuatu yang tidak jatuh dimakan kegawatan negara. Itu adalah seperti melabur dalam emas.

Keadaan gawat, apa yang kita akan hadapi nanti sememangnya menakutkan. Mungkin satu sebab saya tidak galakkan orang melaburkan wang dalam perniagaan, sebab zaman gawat, masyarakat gawat, jenayah merata-rata. Baik disimpan dalam bentuk emas, emas sahaja yang naik harga dan kenaikkannya banyak.

Melabur, mungkin pelabur dengan saya di public mutual ramai yang melalui KWSP, ada banyak dana, ada dana yang boleh ke luar negara jika kita takut gawat dalam negara, tetapi cuma 30% (paling tinggi) dapat dilaburkan di luar negara. Itu jika anda guna duit KWSP. Tidak sampai satu daripada tiga.

Sekarang ni dah mula ramai orang menganggur, yang kerja bank dapat VSS, yang kerja kilang pun VSS, yang kerja "oil and gas" pun VSS. Orang sudah merungut susah nak buat perniagaan. Semua susah kecuali anda simpan duit yang ada dalam emas. Saya ada cadangan emas yang lebih murah dari persatuan kedai emas, boleh whatsapp no 011-25158015, atau pergi ke http://emas.pakarsaham.com.

Sebab itu, ramai pelanggan unit trust di bawah saya yang dah buat jualan atau "repurchase". Tidak ada 'keuntungan' bagi agen, tak payahlah nak tunggu dia datang jumpa anda untuk buat repurchase. Jadi satu cadangan saya sekitanya anda mahu buat repurchase adalah mohon Public MutualOnline. Boleh mohon di Public Bank dengan membawa Kad Pengenalan dan sekiranya anda kad ATM Public Bank, boleh mohon lalu mesin ATM di Public Bank. Bila sudah ada ID, dan password, boleh jual balik secara online.

Saya tidak mencadangkan anda buat repurchase atau jualan, tetapi jika anda hendak, mohonlah Public Mutual Online.


No comments:

Post a Comment

Video

Loading...