Thursday, March 17, 2016

Berhati-hati di waktu gawat. Oleh Dzulfariz bin Azman


Gambar dari http://www.1malaysia.biz/gerhana-matahari-mungkin-bawa-petanda-musibah-jabatan-mufti-johor/
Saya menulis ini khas kepada ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia khasnya, kepada mereka yang berminat mengenai ekonomi yang telah masuk ke zaman kegawatan, amnya supaya anda tahu hala tuju sebenar kita dan tidak gentar akan ujian-ujian Allah.

Seperti tahun 1994, permulaan sistem kegawatan yang berlaku selama 7 tahun, tahun 2014 adalah satu permulaan sistem kegawatan ulangan kepada tahun 1994. Sistem yang berulang ini berlaku dalam tiga fasa, ketiga-tiga fasa itu mengambil masa 7 tahun.

Sekiranya anda telah bekerja tahun 1994, anda boleh ingat peristiwa tahun tersebut sehingga kita benar-benar gawat tahun 1998. Sekiranya anda masih belajar pada waktu itu, atau lebih muda dari itu anda mungkin perlu bertanya kepada orang lebih berpengalaman, kerana gawat adalah sesuatu yang amat ditakuti. Kata Asian Development Bank , krisis ekonomi seperti tahun penghujung 1990an (dari tahun 1994-2001) mempunyai  lebih  kesan ekonomik  jika dibandingkan dengan tsunami dalam tahun 2006. Di Amerika Syarikat, krisis tahun 2008 mempunyai kesan yang lebih besar jika dibandingkan dengan serangan di Menara berkembar Pusat Dagangan Dunia pada 11 September.

SURAH YUSUF.

Tahun 1994 dan 2014 adalah mungkin sistem yang disebut dalam Al-Quran surah Yusuf seperti berikut:-

Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (Yusuf 12:47)

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).(Yusuf 12:48)

"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".(Yusuf 12:49)

Kemarau yang panjang iaitu selama 7 tahun, itu mungkin bermaksud sistem gawat selama 7 tahun yang mana dipercayai telah pun bermula. Kita digalakkan menyimpan seperti “gandum yang diketam pada tangkainya” sebelum tarikh ini. Waktu ini permulaan gawat, jangan dihabiskan semua yang ada pada kita, dan berjimatlah.  Jangan dilaburkan dalam perniagaan kecuali yang menguntungkan dalam keadaaan gawat.

MLM mempunyai beberapa sebab untuk menarik anda masuk ke dalam programnya. Ada yang baik, ada yang setakat program. Ada yang hanya melabur dalam forex atau pasaran hadapan dan menjanjikan pulangan yang baik. Ada yang melabur di luar Malaysia, seperti di Eropah, negara yang tidak gawat mahupun di Mekah, tempat yang tidak mungkin gawat. Saya katakan anda kena berhati-hati, sekarang ini ada terlalu banyak sebab untuk anda habiskan wang yang ada. Apabila semua telah habiskan wang mereka, baru terjadi kegawatan yang sebenar.

Pada tahun 2016 ini adalah masih permulaan kepada sistem kegawatan tahun 2014 sebagaimana ia bermula tahun 1994 dahulu. Tahun 1994 adalah masa apabila indeks FBMKLCI mencatat bacaan tertinggi begitu juga tahun 2014. Tahun inilah kita kena berjimat bukan berboros. Simpanlah dalam bentuk yang tidak diganggu oleh kegawatan, seperti simpan dalam duit emas dan bukan ringgit Malaysia.

Menurut Barry Eichengreen, Professor Ekonomi di University di California, Berkeley, krisis ekonomi ditaksirkan sebagai gangguan terhadap pasaran kewangan yang terdiri dari biasanya kejatuhan harga aset , ketidaksolvensi terhadap penghutang dan juga pengantara seperti bank menyebar ke dalam sistem kewangan dan mengganggu   keupayaan pasaran untuk  memperuntukkan modal.

Apabila pasaran jatuh, bank susah nak bagi pinjaman berdasarkan harga saham. Bank akan susah juga hendak beri pinjaman atas perumahan apabila rumah juga jatuh. Bank mempunyai banyak “Non Performing Loans” dan ini semua akan menggugat keupayaan pasaran untuk memperuntukkan modal.

Saya percaya ramai ahli-ahli kita masih berduit. Setidak-tidaknya mempunyai harta untuk dijadikan aset.  Simpanlah harta anda dalam bentuk yang boleh melindungi dari hakisan nilai dalam Ringgit Malaysia. Simpanlah dalam Emas. Saya tidak tahu saudara boleh faham atau tidak apa yang saya tulis, faham setakat mana tetapi untuk keuntungan saudara sendiri, jangan diboroskan duit yang ada dan jangan disimpan dalam Ringgit Malaysia tetapi simpanlah dalam emas.

BIBLE, IMAMAT.

Dalam Bible ada larangan dalam bab Imamat yang ditentukan kepada Yahudi daripada bercucuk tanam pada hari Sabtu, tahun Sabtu dan Sabbath Sabtu. Sabtu bermaksud yang ke tujuh dan Sabbath bermaksud tujuh tahun. Juga bermaksud “satu Sabbath, tujuh tahun, yang tidak boleh bercucuk tanam” atau “satu Sabbath yang gawat”.

Dalam Al-Quran juga ada mengatakan dalam surah Al-A’raaf,

Dan bertanyalah kepada mereka  mengenai bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada Sabtu (ketujuh), ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan  mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka kerana mereka sentiasa berlaku fasik.(Al-A'raaf 7:163)

Dikatakan pada Sabtu tanpa perkataan hari atau ‘yauma’ menunjukkan juga tahun dan Sabbath yang ke tujuh. Ingatlah sistem gawat kita mengambil masa tujuh tahun.  Ada tiga perkataan sabtu dalam ayat tadi dan hanya dua yang mempunyai perkataan “yauma”. Ada tujuh perkataan Sabtu dalam Al-Quran.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil  tahu.

1) Pelaburan mesti untuk jangka PENDEK, Jangka panjang akan rugi. Kurangkan jumlah pelaburan anda samada saham, unit trust, ASB, Futures dan lain-lain.
2) Simpan dalam Emas dan bukan Ringgit Malaysia.
3) Kurangkan pelaburan hartanah.
4) Kurangkan membeli kereta mewah.
5) Sekiranya anda berniaga, jangan bagi hutang.
6) Sekiranya berniaga, tukarkan loan stock atau sukuk perniagaan anda kepada saham biasa walaupun sukuk lebih murah. Sebagai pembeli adalah tidak digalakkan.

GERHANA MATAHARI.

Dalam Laporan Ringkas Gerhana Matahari di Negeri Johor, Jabatan Falak, Jabatan Mufti Johor, dijangka adakan ada Gerhana Matahari esok 9 March, 2016.  Gerhana Matahari membawa kepada tabsirah dan zikra. Ambil perhatian (tabsirah) bahawa ulangan kepada gerhana matahari pada tahun 1995 yang menyaksikan kemarau yang mengheret kepada wabak penyakit yang menyerang tanaman. Ambil peringatan (zikra) bahawa janganlah hendaknya sejarah berulang  kembali iaitu kemarau dan wabak penyakit.

Dari sudut ekonomi, wabak pengakit yang menyerang tanaman ialah sistem gawat seperti yang diceritakan dalam surah Yusuf dan dalam Bible bab Imamat. Jadi kita kena ambil perhatikan, dan ingatan pada tahun 1995, kali terakhir gerhana dilihat, kita sedang dalam musim gawat (1994-2001) dan kini March 2016, kita dingatkan lagi tentang perkara yang sama. Sama-samalah kita ingatkan betapa sukarnya musim gawat pada waktu it

No comments:

Post a Comment

Video

Loading...