Monday, October 17, 2016

Apa itu gawat dan macamana nak melabur di Bursa Malaysia pada musim gawat seperti sekarang.

Apa itu musim gawat? Gawat adalah satu masa yang tidak dapat diterima akal tertang kebolehan ekonomi untuk terus maju. Ia bukan satu kemelesetan ekonomi yang boleh diterima oleh akal yang waras yang ia akan kembali ke atas landasannya dalam beberapa ketika. Kegawatan adalah panik untuk jangkasa lama iaitu tujuh tahun. selepas 7 tahun, selepasnya baru mula dapat menghidu sedikit udara yang bersih. Walaupun waktu itu (dijangka tahun 2021) kebanyakkan manusia dalam ekonomi yang sama mengatakan "sekarang ni gawat", tetapi ekonomi telah beransur pulih.

Tahun 2014 dan sebelumnya, adalah masa yang cukup rancak. Tahun 2014 juga hingga sekarang adalah waktu gawat. Waktu gawat ini adalah untuk kita mengetahui siapa yang lebih baik amalannya (terutama ekonomi). Amalan ekonomi sekarang ini adalah untuk menggunakan simpanan emas atau gandum di tangkainya bukan menyimpan duit ringgit.. Waktu ini, pelaburan hanya digalakkan untuk jangka pendek sahaja atau pelaburan di luar negara yang tidak gawat sekali dengan Malaysia.

Orang yang hendak melabur duit tentu hendakkan pulangan yang dikehendaki. Untuk mendapatkan keuntungan, kita perlu pelaburan jangka pendek berdasarkan teknikal. Kenapa jangka pendek? Tentulah sebab harga saham kita bakal menjunam sebab gawat. Bank sekarang telah menutup sebahagian cawangannya. Jualan kereta terutama kereta mewah merosot. Berapa ramai yang ambil VSS. Berapa lama duit mereka boleh bertahan? Semua ini membawa kepada kegawatan.

Bank adalah antara yang utama perlu diperhatikan supaya tidak menjadi seperti MBF Finance satu masa dahulu. Pastikan setiap seringgit yang kita simpan dapat dipulangkan dengan setidak-tidaknya seringgit juga oleh pihak bank. Jika tidak, simpanlah dalam emas. Kalau nak labur, laburlah dalam kaunter jangka pendek.

Kita boleh labur dalam kaunter jangka pendek dengan membuat modifikasi tentang petunjuk-petunjuk teknikal. Ini akan membantu memilih kaunter yang tidak termasuk dalam senarai "force selling". RSI atau Indek Kekuatan Relatif. misalannya perlu melebihi dari angka 50 dan bukan kurang dari 30. Sekiranya anda mahu pengang lama, bolehlah anda guna RSI kurang dari 30 tetapi anda mungkin pegang lebih dari 5 tahun. RSI ini menunjukkan kekuatan relatif. Anda mahu cari kaunter yang kekuatannya melebihi separuh dan bukan menunggu supaya ia berada pada angka 'terlebih jual'.

Kegunaan teknik 'stop loss' memang terlampau penting. Ia satu strategi untuk kekal di pasaran saham untuk jangamasa yang lama. Strategi 'stop loss' mungkin lebih penting dari strategi mencari kaunter yang betul. Mencari kaunter yang betul mungkin agak sukar tetapi dengan teknologi ia telah menjadi mudah tetapi strategi 'stop loss' ini memerlukan lebih perhatian. Strategi 'stop loss' dibuat selewat-lewatnya pada hari kedua mengikut sesetengah pendapat.

Gunakan beberapa 'indicator' serentak. Misalnya saya menggunakan jankamasa 9 hari untuk beberapa 'indicator' seperti MACD positif, RSI > 50, CCI > 100, DI+ > DI-, SMI > 50 (Bukan < 20), dan Stockastics > 50. Anda boleh cuba kaunter yang memenuhi seperti di atas.